• Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu menyemak semula semua keperluan yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

    Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata apabila beliau dimaklumkan mengenai lesen kebangsaan dan AFC mereka tidak diluluskan, KAFA akan segera menyemak kriteria yang diperlukan bagi mendapatkan lesen.

    “Saya menerima perkhabaran ini dan setakat ini saya tidak dapat pastikan apa yang menyebabkan Kelantan tidak diluluskan lesen.

    “Ada beberapa kriteria perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen kebenaran bertanding dan kami akan semak balik serta penuhi semua syarat itu.

    “Kalau peminat gusar mengenai perkara ini, saya lagi gusar kerana lesen itu perkara penting… saya akan menyelesaikannya dan membuat kunjungan ke FAM, Isnin ini,” katanya kepada Berita Harian.

    Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan 11 daripada 12 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim 2018 telah berjaya mendapatkan lesen kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan. Namun, hanya pasukan Kelantan sahaja yany gagal berbuat demikian.

    FAM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan enam kriteria utama perlu dipatuhi setiap pasukan sebelum berjaya mendapat lesen antaranya kesukanan, infrastruktur, pentadbiran kakitangan, perundangan, kewangan dan perniagaan.

    Apa yang pasti, KAFA perlu segera membuat semakan semula bagi memastikan mereka mendapatkan lesen kebangsaan sekaligus dapat beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan. Jika gagal berbuat demikian, maka kedudukan mereka boleh terjejas.

    Pasukan bimbingan Yusri Che Lah ini akan beraksi dal saingan Liga Perdana setelah menduduki tangga ke-11 dalam saingan Liga Super musim ini. Bekas pemenang Piala Malaysia ini sudah pasti mahu memgharungi Liga Perdana dengan tenang tanpa sebarang masalah.

    Baca Juga: 11 Pasukan Berjaya Dapatkan Lesen

    Leave a comment

    Your email address will not be published.