• Penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyuarakan hasrat untuk kekal bersama Melaka United nagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

    Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi, berkata pemain itu sudah mengesahkan minat untuk kekal bersama Melaka bagi mengharungi saingan 2019.

    “Tawaran akan dikeluarkan kepada bekas penjaga gol Kelantan itu dalam tempoh terdekat sambil mengharapkan tiada sebarang halangan terhadap persetujuan awal berkenaan.

    “Walaupun masih terlalu awal untuk berbicara berkaitan kontrak, namun kenyataan Apek membuktikan komitmen dan kesungguhannnya memperkasa skuad Hang Tuah,” katanya kepada Berita Harian.

    Tambah Datuk Yusoff, pemain lain dalam skuad musim ini masih belum menyatakan perancangan mereka sama ada untuk kekal, atau sebaliknya. Beliau mengakui, MU memerlukan sumbangan penjaga gol berpengalaman itu bagi mengisi benteng terakhir pasukan yang diakui turut memberi sumbangan besar dalam usaha menyelamatkan skuad daripada terjerumus ke Liga Perdana.

    Khairul Fahmi menyertai Melaka United pada pertengahan musim ini setelah tidak diendahkan oleh pasukan Kelantan. Kemasukan Apek nyata berjaya memberikan semangat baru kepada Melaka dimana beliau menampilkan aksi yang cemerlang dalam mengawal pintu gol pasukan.

    Selain Khairul Fahmi, Melaka United turut memiliki dua penjaga gol iaitu Mohd Zamir Selamat dan Mohd Fazli Paat.

    Selain mengekalkan Apek, kami berpendapat Melaka juga harus mengekalkan khidmat pemain tempatan seperti S.Chanturu,R.Gopinathan, Syahrul Azwari dan pemain import seperti Lee Chang-hoon dan Ifedayo Olesegun.

    Pemain di atas juga memainkan peranan penting dalam memastikan Melaka United mengekalkan status Liga Super tidak terjerumus ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

    Baca Juga: Sathia Berang Gaji Dipotong

    Leave a comment

    Your email address will not be published.