• Bola sepak Malaysia dan Asia telah kehilangan tokoh bola sepak dengan pemergian Datuk Peter Velappan yang meninggal dunia semalam.

    Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John apabila membe­ritahu mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

    “Mendiang merupakan seorang yang berpengalaman luas serta mahir dalam selok belok pentadbiran bola sepak bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat Asia.

    “Pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada bola sepak Asia, khususnya Malaysia. Saya difahamkan mendiang menghadapai masalah paru-paru,” katanya menurut laporan Utusan.

    Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang selepas kehilangan bekas pemimpin yang banyak berjasa dalam sukan bola sepak di Asia.

    “Mewakili keluarga bola sepak Asia, saya menyampaikan ucapan takziah dan berasa simpati kepada salah seorang arkitek pa­ling penting dalam pertumbuhan bola sepak di Asia.

    “Peter berkhidmat untuk bola sepak Asia dengan penuh semangat dan profesionalisme dan be­rita pemergiannya pasti memberi kejutan dan menyedih­kan kepada sesiapa yang pernah bekerjasama dengan mendiang. Sememangnya mendiang layak menerima penghargaan di atas segala jasa yang dilakukan untuk AFC,” katanya.

    Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Mendiang pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung FAM dari 1963 hingga 1980.

    Datuk Peter Velappan sememangnya layak untuk digelar sebagai tokoh bola sepak Asia dimana pencapaian terbesar mendiang adalah menjadi watak utama dalam menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai tuan rumah bersama temasya Piala Dunia edisi 2002.

    Kami di Inikan Bola mengucapkan takziah kepada kelauarga mendiang dan semoga semua diberi kekuatan.

    Baca Juga: Sathia Berang Gaji Dipotong

    Leave a comment

    Your email address will not be published.