• Pasukan yang akan beraksi dalam saingan Asia Champions League (ACL) 2019, Johor Darul Ta’zim telah membawa masuk bekas pemain pertahanan Lazio, Mauricio dos Santos Nascimento untuk menggantikan Marcos Antonio yang khidmatnya telah ditamatkan.

    Mauricio pernah beraksi dengan beberapa kelab ternama di sekitar Eropah seperti Lazio dan Sporting Lisbon. Pemain berusia 30 tahun ini memulakan karier profesional beliau pada 2007 bersama kelan Brazil, Palmeiras B.

    Sepanjang bersama Palmeiras, Muricio dipinjamkan ke Clube Fe Regatas pada 2007, Gremio pada tahun 2010, Portuguesa dan Vitoria pada 20111 dan akhir sekali Joinville pada 2012.

    Mauricio akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Palmeiras secara kekal dan menyertai pasukan Sportt Club de Recife pada 2013. Setelah beraksi selama dua musim bersama Recife, Muricio menyertai kelab gergasi Liga Portugal, Sporting Lisbon.

    Sepanjang bersama Sporting, Muricio pernah dipinjamkan ke Lazio dan kemudiannya menyertai kelab yang berpangkalan di Rome itu pada 2015. Bersama Lazio, Mauricio hanya beraksi selama satu musim dan beliau telah dipinjamkan ke dua kelab iaitu Spartak Moscoe dan Legia Warsaw.

    Setelah beraksi bersama 12 pasukan dan memenangi 5 kejuaraan Liga, Mauricio dos Santos Nascimento akhirnya datang ke saingan Liga Malaysia bagi membantu Johor Darul Ta’zim mengukuhkan benteng pertahanan bagi mempertahankan kejuaraan Liga Super dan memberikan saingan dalam ACL 2019.

    Jika kita melihat dari segi pengalaman, maka Mauricio ini sudah kaya dengan pengalaman apabila beliau pernah beraksi di Benua Amerika dan juga Eropah. Belliau pernah berhadapan dengan antara penyerang terbaik dan sudah pasti mempunyai teknik yang tersendiri.

    Apa yang tinggal ialah Mauricio menyesuaikan diri dengan beraksi dalam cuaca dan juga persekitaran yang berbeza. Beliau bakal menggalas tanggungjawab besar kerana menggantikan Marcos Antonio yang beraksi dengan cemerlang sejak menyertai kelab pada 2014.

    Selain membawa masuk Mauricio, JDT bakal membawa masuk seorang lagi pemain import dan seorang pemain tempatan bagi mengukuhkan pasukan menjelang saingan musim hadapan. Ketika ini pihak JDT masih lagi menyelesaikan kertas kerja berkenaan dua pemain ini.

    Baca Juga: JDT Lepaskan Marcos Antonio Dan Fernando Elizari

    Leave a comment

    Your email address will not be published.