• Pasukan bawah 19 tahun negara wajib menang ke atas China pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan D hari ini bagi membolehkan mereka mara ke peringkat suku akhir temasya AFC Bawah 19 Tahun.

    Setelah beraksi dua perlawanan, pasukan bimbingan Bojan Hodak hanya mencatat satu mata dimana mereka tewas kepada Arab Saudi pada perlawanan pertama dan seterusnya mencatat keputusan seri ketika menentang pasukan Tajikistan Selasa lalu.

    Lawan mereka hari ini, pasukan China sudahpun terkeluar daripada saingan kerana mengalami dua kekalahan berturut-turut. Walaupun begitu, anak-anak buah Bojan tidak boleh memandang rendah dengan kemampuan pasukan China.

    Untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir, pasukan negara wajib menang ke atas China sambil mengharapkan Arab Saudi menewaskan pasukan Tajikistan pada stau lagi perlawanan kumpulan D. Jika Tajikistan berjaya mengutip satu mata atau menewaskan Arab Saudi, maka peluang pasukan negara untuk mara ke peringkat kalah mati tertutup sepenuhnya.

    Melihat kepada situasi ini, tiada pilihan lain buat Bojan selain menurunkan pemain sayap lincah, Akhyar Rashid dalam kesebelasan utama. Pada dua perlawanan sebelum ini, Akhyar hanya diturunkan pada separuh masa kedua bagi menambah lagi sengat di bahagian serangan pasukan negara.

    Dengan kelibat Akhyar, ditambah dengan kehadiran Hadi Fayyadh yang setakat ini telah menjaringkan dua gol dalam temasya dan juga pemain tengah, Nik Akif Syahiran, peluang untuk pasukan negara mencari gol akan lebih besar berbanding sebelum ini.

    Selain itu, pemain negara perlu mengurangkan kesilapan individu sepertimana yang mereka lakukan ketika seri dengan pasukan Tajikistan. Sepakan penalti yang diperolehi oleh Tajikistan ketika berjaya menjaringkan gol penyamaan boleh dielakkan sekiranya pemain negara lebih tenang dalam mengawal pemain lawan.

    Jika layak ke peringkat suku akhir, skuad Harimau Malaya akan menentang juara 12 kali iaitu pasukan Korea Selatan yang berjaya muncul juara kumpulan C dengan mengutip 7 mata mengatasi pasukan Australia di tempat kedua yang mengutip 5 mata.

    Baca Juga: Ziyovuddin Fuzaylov Tidak Dendam Dengan Pemain Malaysia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.