• Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menggesa Pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) seharusnya lebih proaktif terhadap masalah yang berlaku di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

    Sathia turut mempersoalkan jika ada pegawai yang dihantar untuk melakukan pemeriksaan terakhir di AMD sebelum membuat keputusan membawa masuk pelatih NFDP menginap di akademi itu.

    “Pemain NFDP ibarat seperti berpindah ke dalam rumah yang tidak siap. Kalau kita yang mahu berpindah sudah tentu kita akan pastikan semuanya siap sebelum berpindah masuk.

    “Masalah berlarutan sehingga lima bulan, jadi sepatutnya selepas sebulan, NFDP sudah memikirkan alternatif lain daripada terus menginap di situ.

    “Lagipun, pemain sedang melakukan persiapan ke Kejuaraan Bawah 16 (B-16) Tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018, jadi kalau banyak masalah di AMD, mengapa mereka tidak minta bantuan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” soalnya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

    Sathia sendiri pernah menyaksikan bagaimana padang latihan itu dibuat ketika mengunjungi AMD yang sedang dalam pembinaan, dua tahun lalu dan berpendapat teknik pembuatan padang yang digunakan di akademi itu mungkin tidak bersesuaian sehingga menyebabkan permukaannya berbukit dan digenangi air.

    “Masalah padang juga tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal sehinggalah ia dilaporkan dalam media semalam,” katanya.

    Sebelumnya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat lawatan mengejut ke pusat latihan di Gambang itu dan beliau nyata kecewa dengan keadaan semasa pusat latihan yang dibina dengan kos sebesar RM85 Juta itu.

    YB Bro sudahpun mengarahkan kontraktoe yang dilantik untuk memperbaiki segala kerosakan bagi memastikan para tenaga pengajar dan pemain dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

    Apa pendapat anda mengenai gesaan Sathia yang mahukan NFDP untuk lebih proaktif dalam menangani masalah yang dialami oleh AMD? Adakah abda bersetuju?

    Baca Juga: KBS Mahu Siasat Dana NFDP

    Leave a comment

    Your email address will not be published.