• Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berharap tiada kecederaan melanda pemain mereka yang ketika ini sedang beraksi bersama pasukan kebangsaan. Skuad Harimau Malaya akan turun menentang pasukan Kyrgyztan malam ini.

    Seramai 5 pemain Perak dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menyertai skuad yang bakal menghadapi Sri Lanka dan Kyrgyztan. Lima pemain tersebut ialah penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Amirul Azhan Aznan, Kenny Pallraj dan Nor Hakim Hassan.

    Pemain sayap, Nor Hakim Hassan kemudiannya digugurkan sebelum pasukan berangkat ke Colombo kerana masalah kecederaan dan tempat beliau diisi oleh pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran.

    Setiausaha Agung PAFA, Abd Aziz Yeop Jamaluddin berkata, pihaknya sangat mengharapkan lima pemain itu pulang ke pangkuan pasukan Perak tanpa mengalami sebarang kecederaan.

    Ini kerana Perak bakal menghadapi pasukan Sabah pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 Ahad ini dan khidmat mereka sudah tentu ditagih.

    “Kita harap mereka tidak cedera kerana ini peluang terbaik kita untuk ke final Piala Malaysia selepas beberapa tahun mencuba.”

    “Walaupun kita sudah cuba merayu lima pemain itu dikecualikan daripada menyertai skuad kebangsaan, tapi tak dapat. Sekarang ini kita cuma boleh berharap mereka kembali kepada pasukan dalam keadaan baik,” katanya kepada Berita Harian.

    Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic ini membawa bekalan selesa menjelang pertemuan dengan Sabah di Likas Ahad ini dimana mereka berjaya membelasah pasukan bimbingan Jelius Ating dengan keputusan 5-0 pada perlawanan pertama.

    Meskipun membawa bekalan selesa, Perak sudah pasti tidak mahu kecederaan melanda lima pemain utama mereka bagi memastikan The Boss Gaurus mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2018.

    Jika Perak berjaya mengekalkan kelebihan yang dimiiliki, maka mereka akan melangkah ke perlawanan akhir pertama sejak edisi 2007 dimana ketika itu mereka tewas kepada pasukan Kedah di perlawanan akhir menerusi jaringan Khyril Muhymeen dan Marlon Alex James.

    Baca Juga: 5 Pemain Yang Perlu Diberi Peluang Untuk Tampil

    Leave a comment

    Your email address will not be published.