• Pemain tengah pasukan Pahang, Nor Azam Azih berkata beliau sedia sekiranya dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai skuad yang akan beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018.

    Menurut Azam, lutut kanan beliau yang tercedera sebelum ini sudah pulih sepenuhnya dan beliau sedia untuk beraksi.

    “Apa yang boleh saya katakan lutut kanan yang sebelum ini cedera sudah pulih sepenuhnya dan jika dipanggil mewakili skuad Harimau Malaya, saya sedia memberikan komitmen 100 peratus.

    “Pada masa sama, saya amat teringin untuk menyertai skuad negara kerana belum berkesempatan beraksi di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe.

    “Sebelum ini jurulatih pernah menyenaraikan saya tapi disisihkan kerana cedera,” katanya kepada Berita Harian.

    Tambah Nor Azam, beraksi di pentas Piala AFF Suzuki bersama skuad Harimau Malaya sememangnya menjadi impian beliau dan mahu membantu pasukan kebangsaan untuk meraih kejuaraan di pentas antarabangsa.

    Sebelum ini, ketiadaan Nor Azam pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Sri Lanka dan Kyrgyzstan menjadi tanda-tanya. Bahagian tengah negara beraksi di bawah kemampuan sebenar pada dua perlawanan ini.

    Ramai pihak yang mahukan Azam untuk disenaraikan kerana beliau boleh bergandingan dengan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah bagi membantu barisan serangan pasukan negara.

    Apa yang pasti, jika Nor Azam Azih sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang beliau alami, maka Tan Cheng Hoe boleh menyenaraikan nama Azam dan menurunkan pemain berusia 23 tahun ini pada perlawanan persahabatan terakhir menentang Maldives pada 3 November nanti bagi menguji beliau.

    Kehadiran Azam setidaknya boleh membantu untuk mengukuhkan bahagian tengah pasukan negara berdasarkan kualiti yang dimiliki oleh Nor Azam.

    Nor Azam Azihmenampilkan persembahan yang baik bersama pasukan Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim ini dimana beliau membantu Pahang memenangi Piala FA 2018. Hanya saja kecederaan yang membantutkan pergerakan beliau dan Azam kerap kali terlepas perlawanan penting bersama Pahang.

    Baca Juga: Peluang Nor Azam Azih Jadi Watak Utama

    Leave a comment

    Your email address will not be published.