• Masalah dalaman Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) nampaknya masih menjadi bahan perbincangan dengan Presidennya, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta bantuan daripada ahli gabungan untuk membantu baginda.

    Di sini, apa yang penulis nak katakan ialah ahli gabungan FAS perlu sedar diri dan mula membantu untuk meningkatkan lagi kualiti pasukan. Bukan nak buat kecoh minta Kongres Luar Biasa diadakan. Buang masa wahai Encik Profesional.

    Semalam, RMS membuat kenyataan dimana baginda memintabantuan daripada semua pihak untuk sama-sama berganding bahu untuk membantu memajukan pasukan dan berhenti membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak perlu.

    Selan itu, baginda juga kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang mahukan Kongres Luar Biasa diadakan.

    Di bawah naungan RMS, FAS berjaya menyelesaikan hutang iaitu sebanyak RM7 Juta daripada RM14 Juta yang ditanggung oleh persatuan sebelum ini. Kini pengurusan baru FAS masih lagi mencari jalan untuk menyelesaikan hutang tersebut.

    Dah ada individu yang sanggup untuk menjadi presiden kepada persatuan yang bermasalah, dan berjaya melangsaikan hutang yang anda tanggung sebelum ini, Encik Profesional seharusnya bersyukur bersujud dan bukannya cuba untuk membuat kecoh.

    Jika tiada individu seperti RMS dalam FAS ketika ini, mungkin persatuan ini berada dalam keadaan yang lebih menyedihkan dan juga hutang yang ditanggung belum tentu dapat diselesaikan.

    Sudah-sudahlah dengan Kongres Luar Biasa anda wahai Encik Profesional. Daripada anda membuat sesuatu yang tidak berfaedah dan hanya membawa kepada perpecahan dalam persatuan, apa kata anda mula bertindak dan membantu Presiden untuk meningkatkan kualiti pasukan.

    Jika anda mempunyai idea, utarakan idea anda. Penulis pasti RMS sudi mendengar segala idea yang dilontarkan oleh ahli gabungan persatuan jika perkara tersebut bertujuan untuk memajukan pasukan.

    Musim 2019 merupakan musim yang penting untuk pasukan Selangor bangkit daripada mimpi bagi menarik semula penonton untuk datang ke stadium. Sampai bila Stadium Shah Alam hanya dihadiri oleh 1000 penontons saja. Lu fikirlah sendiri!

    Baca Juga: Apa Yang Harus Dilakukan Oleh FAS ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.