• Pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh akhirnya dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi menyertai kem latihan pusat skuad negara bermula Isnin ini bagi persiapan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober dan bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober 2018.

    Berikut adalah senarai penuh:

    Sumber Gambar: FAM

    Beberapa nama yang sebelum ini beraksi untuk skuad negara ketika perlawanan persahabatan menentang Taiwan dan Kemboja tidak dipanggil antaranya Farizal Marlias (JDT), Nazmi Faiz Mansor (JDT), Nasir Basharudin (Perak), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Syawal Nordin (Kedah) dan R Kogileswaran (Pahang).

    Untuk menggantikan enam pemain di atas, Tan Cheng Hoe telah memanggil pemain baharu terdiri daripada Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies (Pahang), penjaga gol Haziq Nadzli dan Syamer Kutty Abba (JDT) serta Kenny Pallraj dan Nor Hakim Hassan (Perak).

    Dalam senarai kali ini, ada pemain pertahanan skuad bawah23 tahun negara, Adam Nor Azlin dan Norshahrul Idlan Talaha yang sebelum ini terpaksa menarik diri kerana mahu menyelesaikan masalah keluarga sebelum terbang ke Taiwan tempoh hari.

    Bagi Mohamadou Sumareh, jika diturunkan pada perlawanan menentang Sri Lanka pada 12 Oktober, maka beliau akan mencatat sejarah dengan menjadi pemain naturalisasi pertama Malaysia.

    Skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Melaka pada 8 dan 9 Oktober sebelum berlepas ke Colombo pada 10 Oktober 2018.

    Dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Sri Lanka dan Republik Kyrgyz ini merupakan antara persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 dimana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

    Apa pendapat anda dengan pemanggilan Mohamadou Sumareh untuk menyertai kem latihan pusat pasukan kebangsaan bagi persediaan menentang Sri Lanka dan Republik Kyrgyz nanti ? Mampukah beliau meningkatkan lagi kualiti bahagian serangan negara menjelang kejohanan Piala AFF ?

    Baca Juga: Sudah Tiba Masa Mohamadou Sumareh Diuji ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.