• Pemain naturalisasi pertama Malaysia, Mohamadou Sumareh menampilkan aksi yang cemerlang ketika Harimau Malaya membenam Sri Lanka minggu lalu. Menurut Tan Cheng Hoe, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada ramai lagi pemain naturalisasi yang akan beraksi buat Malaysia. Di sini, beliau berhati-hati dalam memilih pemain.

    Sumareh pada mulanya diletakkan di bangku simpanan pada perlawana menentang Sri Lanka. Apabila pasukan negara ketinggalan satu gol, Cheng Hoe kemudiannya mengambil keputusan untuk memasukkan beliau bagi menambah sengat di bahagian serangan.

    Keputusan Cheng Hoe nyata tepat apabila pemain berusia 26 tahun ini mengayam-ayamkan barisan pertahanan Sri Lanka dan beliau berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan debut bersama pasukan kebangsaan.

    Apabila bekas pengendali Kedah ini menyatakan bahawa mungkin akan ada lebih ramai pemain yang akan diberikan status naturalisasi, beliau perlu berhati-hati dalam memilih pemain bagi memastikan peluang pemain tempatan untuk mewakili pasukan negara tidak terjejas.

    Ini kerana pemain tempatan juga menampilkan satu prestasi yang baik apabila mereka diturunkan dalam kesebelasan utama dan sudah pasti keutamaan harus diberikan kepada mereka.

    Kami berpendapat bahagian pertahanan dan juga tengah tidak perlu diisi oleh pemain naturalisasi kerana pemain tempatan kita telah menampilkan satu persembahan yang cemerlang. Di bahagian pertahanan, ada Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin dan juga Shahrul Saad yang sentiasa bersedia untu diturunkan.

    Di bahagian tengah pula, ada Nazmi Faiz Mansor, Nik Akif Syahiran, Azzizan Nordin dan yang terbaru, Kenny Pallraj yang telah menampilkan satu persembahan yang mantap apabila diturunkan.

    Apa yang pasti, cadangan untuk mengambil lebih ramai pemain naturalisasi perlu lebih diperhalusi lagi bagi meningkatkan mutu dan juga kualiti permainan pasukan kebangsaan.

    Mohamadou Sumareh merupakan kejayaan yang pertama dalam hal pemain naturalisasi buat Malaysia. Jadi, penting untuk mengambil pemain yang memepati keperluan dan mampu untuk menyumbangkan sesuatu kepada pasukan negara.

    Kita tidak boleh terbawa-bawa ghairah dengan mengambil lebih ramai pemain naturalisasi sehinggakan mengabaikan pemain tempatan dan lari daripada tujuan utama iaitu meningkatkan kualiti Harimau Malaya.

    Baca Juga: Harimau Malaya Teruskan Rentak Kemenangan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.