• Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu membina pusat latihan bertaraf dunia dan menjadikan pusat latihan yang dimiliki oleh kelab gergasi Eropah, Real Madrid sebagai model rujukan.

    Baginda berkata demikian menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers (JST) dan menegaskan pusat latihan tersebut akan dibina bersebelahan stadum baharu pasukan JDT.

    Ini adalah pusat latihan Real Madrid. Ini projek saya yang seterusnya dan akan dibina di Johor untuk JDT bersebelahan stadium baharu.”

    “Ia akan dilengkapi kemudahan hidroterapi, adaptasi perubahan iklim, gimnasium dan fasiliti latihan yang lain. Semua pasukan JDT akan berada di satu lokasi, dari skuad akademi hingga ke skuad senior,” kata baginda.

    Ketika ini, juara 5 kali Liga Super ini sudahpun mempunyai fasiliti terbaik dalam saingan Liga Malaysia. Dengan pembangunan stadium baru yang sedang giat dijalankan ketika ini, pembinaan pusat latihan seperti Real Madrid ini akan melonjakkan lagi prestij dan juga kredibiliti JDT di pentas Asia.

    Selain itu, dengan adanya fasiliti terbaik ini, ianya mampu untuk menarik minat pemain-pemain bintang untuk beraksi bersama JDT kerana kemudahan serta fasiliti yang ada boleh meningkatkan lagi kualiti serta mutu permainan seseorang pemain.

    Apa pendapat anda mengenai hasrat Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu membina pusat latihan sama seperti yang dimiliki oleh kelab paling berjaya di Eropah iaitu Real Madrid ?

    Mampukah pusat latihan yang bakal dibina ini melonjakkan lagi nama JDT di peringkat Asia bahkan dunia ?

    Baca Juga: 5 Pemain Muda Yang Boleh Dibeli Johor Darul Ta’zim

    Leave a comment

    Your email address will not be published.