• Tiga hari sahaja lagi untuk tirai Piala AFF Suzuki edisi 2018 dibuka dan semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan edisi kali ke-12 ini dilihat sudah bersedia. Di sini, kami senaraikan 7 bintang muda yang bakal menjadi tumpuan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018.

    1. Akhyar Rashid

    Sumber Gambar: FAM

    Kelincahan serta kepantasan Akhyar bakal menjadi senjata utama Malaysia dalam saingan edisi kali ini. Akhyar bakal diturunkan di posisi sayap kiri dimana beliau menampilkan aksi yang bertenaga ketika beraksi bersama skuad bawah 19 dan 23 tahun apabila diletakkan di posisi tersebut.

    2. Supachai Jaided

    Sumber Gambar: Port FC

    Penyerang muda yang beraksi dengan Buriram United ini diberi tanggungjawab untuk menggantikan penyerang legenda pasukan, Teerasil Dangda dalam saingan kali ini. Pemain berusia 19 tahun ini sudah beraksi sebanyak dua kali bersama pasukan senior.

    3. Nguyễn Quang Hải

    Sumber Gambar: Tanh Nien

    Nguyễn Quang Hải merupakan watak penting skuad Vietnam bawah 23 tahun mara ke perlawanan akhir AFC Bawah 23 Tahun di China pada awal tahun ini. Kelibat beliau bersama pasukan senior sudah pasti menjadi tumpuan ramai pihak.

    4. Febri Heriyadi

    Sumber Gambar: Goal.com

    Pemain sayap ini kerap menjadi pemain pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama sejak dari usia muda oleh pasukan kebangsaan Indonesia. Kepantasan yang beliau miliki sudah pasti mahu dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad Garuda.

    5. Aung Thu

    Sumber Gambar: Football Tribe

    Sama seperti Febri, Aung Thu sudah menjadi pilihan pasukan kebangsaan Myanmar sejak usia muda lagi. Pengalaman beliau beraksi di Thai League 1 sudah pasti mahu digunakan dengan sebaik mungkin bagi membantu Myanmar mencipta kejutan.

    6. Irfan Fandi

    Sumber Gambar: Fox Sport

    Anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad ini bakal memperkuatkan benteng pertahanan pasukan Singapura dalam saingan kali ini. Selain Irfan, adik beliau, Ikhsan yang beraksi di bahagian serangan juga bakal diberikan perhatian oleh peminat.

    7. Safawi Rasid.

    Sumber Gambar: FAM

    Seorang lagi pemain sayap lincah yang bakal menjadi harapan utama skuad Harimau Malaya dalam usaha membawa pulang trofi Piala AFF Suzuki 2018. Safawi bakal bersaing hebat dengan Mohamadou Sumareh bagi mengisi posisi sayap kanan.

    Itu dia 7 bintang muda yang bakal menjadi perhatian peminat pada saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini. Tujuh pemian ini telah membuktikan bahawa mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab beraksi bersama pasukan senior.

    Baca Juga: 6 Pemain Bintang Tidak Tersenarai Dalam Skuad Indonesia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.