• Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Sathianathan berkata beliau mahu membawa masuk lima muka baru bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

    Menurut Sathia, misi beliau dalam membawa masuk pemain terarah kepada pemain yang berkualiti tinggi serta pemain muda yang mempunyai potensi untuk membantu pasukan.

    “Sudah tentu saya ingin membawa masuk nama-nama baru ke Selangor. Saya ada tengok beberapa perlawanan Selangor musim ini (2018). Saya tengok ada beberapa pemain muda berbakat.

    “Antaranya Amirul Ashraf Ariffin, A. Namathevan, K. Kannan, Sean Selvaraj, Syahmi Safari dan banyak lagi yang telah tunjukkan prestasi baik. Kita akan tambah kekuatan pasukan dengan pemain berkualiti untuk membantu pemain muda ini demi masa depan Selangor.

    “Saya harap sangat pemain seperti Amri Yahyah akan menggunakan segala pengalamannya membantu kami berjaya dalam saingan Liga Malaysia 2019,” katanya dalam satu temubual eksklusif di Facebook FA Selangor.

    Paling mustahak, Sathia perlu mencari pengganti yang sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rufino Segovia yang memilih untuk berpisah dengan pasukan.

    Rufino menjadi nadi utama pasukan sepanjang saingan musim 2018 dimana kecemerlangan Rufino berjaya mengelakkan Selangor tersingkir ke saingan Liga Perdana dan mara ke perlawanan akhir Piala FA 2018.

    Selain itu, Sathia perlu mencari pemain perancang bagi membantu penyerang utama kelak bagi mengurangkan sedikit beban penyerang tersebut seperti yang terjadi musim ini dimana Rufino dilihat memikul bebanan seorang diri di bahagian serangan.

    Apa yang pasti, lima muka baru yang bakal dibawa masuk nanti bakal berdepan dengan cabaran yang sukar kerana Selangor perlu meningkatkan lagi prestasi mereka.

    Dalam saingan Liga Super musim ini, Selangor menamatkan saingan di tangga ke-8. The Red Giants berjaya mara ke final Piala FA namun mereka tersingkir di peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2018.

    Baca Juga: Selangor Dapatkan Khidmat B.Sathianathan?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.