• Tidak seperti Piala Dunia, di mana negara yang bermain ditentukan berdasarkan kelayakan peringkat
    konfederasi masing-masing, Piala Dunia B-20 (atau B-17) ditentukan berdasarkan prestasi di
    kejohanan utama peringkat konfederasi. Begitu juga dengan Olimpik, sejak edisi 2016 lalu, semua
    negara yang layak bermain berdasarkan kejohanan B-23 (atau B-21 bagi UEFA, B-20 bagi CONMEBOL)
    di konfederasi masing-masing (kecuali CONCACAF tanpa kejohanan).

    Jadi, saya cuba membandingkan bagaimana kuota untuk negara yang layak ke kejohanan Piala Dunia
    B-17, B-20, Olimpik dan Piala Dunia itu sendiri seperti jadual di bawah.

    Jika kelayakan Piala Dunia 2018 ditetapkan berdasarkan kedudukan negara di dalam kejohanan
    peringkat benua (seperti Piala Asia 2015 atau Piala Eropah 2016), mungkin ini negara-negara yang
    layak.

    AFC (Piala Asia 2015)

    Dengan kuota 4.5, di mana negara kelima akan melawan negara dari CONCACAF, maka 4 negara yang
    layak secara automatik jika mengambil kira keputusan Piala Asia 2015 adalah Australia, Korea Selatan, UAE dan Iraq. Negara-negara tersebut layak ke separuh akhir Piala Asia 2015, sementara satu negara akan dipilih daripada 4 negara yang kalah di suku akhir untuk perlawanan play-off.

    CAF (Piala Negara-Negara Afrika 2017)

    Sama seperti Piala Asia 2017, di mana negara yang layak ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika 2017 akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2018. Negara-negara tersebut adalah Cameroon, Mesir, Burkina Faso dan Ghana. Negara kelima yang layak secara automatik juga berdasarkan prestasi 4 negara yang kalah di suku akhir Piala Negara-Negara Afrika 2017.

    CONCACAF (Piala Emas 2017)

    Negara yang layak ke perlawanan akhir Piala Emas 2017 (Amerika Syarikat dan Jamaica) akan layak
    secara automatik ke Piala Dunia 2018, sementara pemenang di antara Mexico dan Costa Rica bakal
    mengikut jejak langkah Amerika Syarikat dan Jamaica. Negara yang kalah akan melawan negara kelima
    dari Piala Asia 2017 dalam perlawanan play-off.

    CONMEBOL (Copa America 2015)

    Skrip yang sama dengan Piala Asia 2015, di mana negara yang layak ke separuh akhir Copa America
    2015 akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2018 (Chile, Argentina, Peru, Paraguay). Negara
    kelima pula akan melalui perlawanan play-off menentang negara dari OFC.

    OFC (Piala Negara-Negara OFC 2016)

    Memandangkan kuota 0.5 yang diberikan FIFA, juara Piala Negara-Negara OFC 2016 (New Zealand)
    perlu melawan negara kelima dari CONMEBOL.

    UEFA (Piala Eropah 2016)

    13 kuota yang diberi adalah jumlah yang sangat banyak, maka negara-negara yang layak ke suku akhir
    Piala Eropah akan mendapat tempat secara automatik ke Piala Dunia 2018. Baki 5 negara lagi perlu
    diperebutkan oleh 8 negara yang kalah di pusingan 16 besar. Kuota tuan rumah pula (Russia) tidak
    terusik memandangkan Russia tidak layak ke Piala Eropah 2016.

    PLAY-OFF (AFC vs CONCACAF, CONMEBOL vs OFC)

    Jika berdasarkan prestasi negara-negara di kejohanan masing-masing, maka Jepun akan melawan
    Costa Rica, sementara Brazil pula melawan New Zealand.

    Sekiranya FIFA mengubah konsep kelayakan negara-negara untuk bermain di Piala Dunia seperti ini,
    maka mungkin kita dapat melihat penampilan negara seperti Burkina Faso, UAE, Iraq ataupun Hungary
    tahun ini. Namun kerugian apabila negara-negara akan kekurangan perlawanan kompetitif dan faktor
    kutipan mata untuk ranking juga menjejaskan semua negara.

    Tapi jika FIFA mahu menggunakan konsep ini, mungkin Malaysia patut bermain di zon Oceania …
    (bersambung)

    Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Ariff Ansaruddin. Beliau merupakan tenaga pengajar di salah sebuah institut pengajian awam (UKM Bangi) dan pernah menuntut di Universitas Indonesia, penyokong Negeri Sembilan FA dan UKM FC.

    Baca Juga: AFC Sedia Membantu FAM Berkenaan F:30

    Leave a comment

    Your email address will not be published.