• Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mendapat suntikan dana bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim hadapan apabila kerajaan negeri memperuntukan RM5 Juta kepada persatuan tersebut.

    Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata penstrukturan semula FAP telah dilakukan dan kini presiden baharu FAP dilantik untuk meningkatkan prestasi pasukan di samping menyelesaikan masalah tunggakan hutang yang melampau.

    “Dengan peruntukan itu, FAP menetapkan sasaran untuk membawa Pulau Pinang berada di lima tempat teratas Liga Premier dan kemudian melayakkan ke Piala Malaysia,” katanya menurut laporan mStar.

    Menurut Soon, kerajaan negeri setakat ini tidak meletakkan sebarang syarat kepada FAP dan memberikan kuasa penuh kepada presiden untuk menentukan pemain tempatan dan pemain import serta gaji yang akan diberikan kepada mereka.

    “Selepas pentadbiran baharu diilantik, kerajaan negeri akan memberikan kebebasan sepenuh kepada FAP untuk menguruskan pasukan bola sepak negeri dan selepas peruntukkan 2019 ini, kerajaan negeri tidak akan lagi tanggung masalah tunggakan gaji pemain negeri,” tambah Soon.

    Tambah Soon, pembangunan bola sepak negeri akan dilaksanakan dengan pengambilan jurulatih tempatan untuk setiap daerah serta menwujudkan akademi serta liga daerah.

    “Diharapkan dengan projek pembangunan ini, ia mampu mencungkil bakat bahru dalam kalangan anak-anak negeri dan meningkatkan prestasi pasuka bola sepak negeri,” katanya.

    Suntikan dana sebanyak RM5 Juta ini diharapkan dapat mengelakkan pasukan Pulau Pinang daripada terpalit masalah tunggakan gaji seperti yang dihadapi oleh mereka dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

    Untuk makluman, pengurusan baharu FAP telah berjaya menyelesaikan tunggakan gaji dimana para pemain dilaporkan sudah mula menerima cek pada 5 November lalu.

    Baca Juga: Pemain Pulau Pinang Mula Terima Tunggakan Gaji

    Leave a comment

    Your email address will not be published.