• Bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Omar Ali menolak jawatan Pengarah Teknikal persatuan itu kerana mahu berjuang di samping ahli gabungan yang lain.

    Sebelum ini, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon mengatakan FAS memerlukan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Omar dalam menguruskan bola sepak di peringkat akar umbi dan persatuan itu telah menawarkan jawatan pengarah teknikal. Namun Omar menolaknya.

    Menurut Omar, beliau mahu berjuang bersama-sama ahli gabungan dan mengganggap memartabatkan FAS kembali adalah satu perkara yang tidak penting.

    “Kalau betul ditawarkan saya kena tutup mulut? Macam tu? Itu tidak adil…Bagi saya ahli gabungan ini lebih penting sebab merekalah yang akan membantu menaikkan FAS.

    “Kena faham FAS hanya boleh hidup dengan adanya ahli-ahli gabungan ini. Jadi, saya dan rakan-rakan hanya mahu membawa suara mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

    Tambah Omar, beliau menyerahkan sepenuhnya kongress luar biasa yang diadakan sebelum ini kepada Pesuruhjaya Sukan sama ada mahu mengiktirag ataupun tidak. Beliau juga enggan mengulas mengenai kenyataan Raja Muda Selangor yang tidak mengiktiraf EGM tersebut.

    “Kita akan hantar dokumen-dokumen EGM kepada Pesuruhjaya Sukan esok, dan saya berpendapat biarlah mereka tentukan sama ada tuntutan kami diterima atau tidak.

    “Sekarang, dua-dua pihak tidak sependapat, tetapi bagi saya kami telah mengikuti perlembagaan yang ditetapkan dan kami tahu EGM kami ini sah mengikut perlembagaan,” tambah Omar.

    Ahli gabungan masih belum mempunyai sebarang perancangan mengenai hala tuju FAS kerana mereka masih menunggu keputusan daripada Pesuruhjaya Sukan.

    Ahli gabungan yang digelar “jerung” kerana cuba mengkucar-kacirkan FAS kemudiannya menyatakan bahawa mereka bukanlah pengacau seperti yang diwar-warkan ramai pihak sebaliknya mahu menyelamatkan FAS dan Tengku Amir Shah sebagai presiden.

    Apa yang pasti, kemelut yang sedang berlaku dalam persatuan yang memenani lebih banyak kejuaraan berbanding pasukan lain dalam Liga Malaysia ini perlu segera diselesaikan agar perkara ini tidak memberi kesan kepada pasukan.

    Baca Juga: RMS Tidak Akan Tunduk

    Leave a comment

    Your email address will not be published.