• Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertelagah mengenai penjualan tiket bagi perlawanan Piala AFF Suzuki 2018.

    Dua pihak ini bertelagah dimana PSM sebelum ini meluahkan kekecewaan mereka kerana tidak mendapat kerjasama daripada badan induk bola sepak negara itu mengenai urusan penualan tiket.

    “Penggunaan sistem tiket berteknologi tinggi ini telah digunapakai dan disyorkan oleh PSM kepada semua penganjur acara semenjak KL Sports City mula beroperasi semula semasa Sukan SEA 2017. Usaha ini telah mendapat sambutan baik pelbagai penganjur dan pengunjung acara.

    “Namun, PSM kesal atas kesulitan yang dihadapi peminat bola sepak Malaysia atas keengganan FAM untuk bekerjasama dengan PSM dalam urusan sistem tiket bagi perlawanan AFF,” kata PSM dalam satu kenyataan, Selasa lalu.

    FAM kemudiannya membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM mengatakan mereka bagaikan “ditekan” ketika menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil. Menurut Setiausaha agung FAM, ­Stuart Ramalingam kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM dengan mengatakan mereka seolah-olah mahu memburukkan nama FAM.

    “Pertama kali kita kecewa de­ngan komen yang dimuat naik di PSM di media sosial.

    “Jika mereka mahu ‘cuci tangan’ tidak mahu terkena tempias dengan komen-komen pedas penyokong berhubung isu tiket, mereka boleh buat kenyataan ringkas.

    “Ini nampak se­perti mahu memburukkan FAM dan dalam masa sama mahu menjalankan perniagaan.

    “Diakui, sistem jualan tiket yang digunakan PSM menerusi khidmat syarikat Seat Advisor lagi bagus tapi ia tidak boleh dibandingkan dengan sistem jualan yang kami guna sekarang iaitu Ticket Hotline.

    “Caj yang dikenakan kepada penyokong adalah lebih tinggi hampir RM3 apabila menggunakan cara jualan tiket PSM dan ini tidak adil kerana caj itu bukan saja dikenakan menerusi pembelian tiket dalam talian malah di kaunter, sedangkan kami tidak mengenakan caj bagi pembelian tiket di kaunter.

    “Jika satu tiket terjual dicaj RM3 oleh PSM dan jika 60,000 tiket terjual kita perlu membayar tambahan RM180,000 ha­nya untuk satu perlawanan,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan.

    Baca Juga: Jangan Ganggu Fokus Pemain

    Leave a comment

    Your email address will not be published.