• Skuad Harimau Malaya akan turun bagi perlawanan kedua kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 dengan menentang pasukan Laos malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di sini, kami nak berkogsi ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh Tan Cheng Hoe dalam usaha mencari kemenangan kedua.

    1. Khairul Fahmi Che Mat

    Sumber Gambar: Football Tribe

    Apek menampilkan aksi yang bertenaga apabila beliau seringkali menafikan percubaan berbahaya daripada pemain Kemboja pada perlawanan pertama Khamis lalu. Selain bakal mengekalkan tempat beliau, kami berpendapat Khairul Fahmi bakal dipilih sebagai ketua pasukan malam ini.

    2. Syahmi Safari

    Sumber Gambar: The Star

    Syahmi diturunkan pada perlawanan pertama dan beliau menampilkan aksi yang baik di bahagian kanan dan membentuk satu gandingan yang mantap bersama Mohamadou Sumareh.

    3. Adam Nor Azlin

    Sumber Gambar: Goal.com

    Adam hanya dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan mennentang Kemboja. Kami berpendapat beliau wajar untuk diberikan peluang tampil dalam kesebelasan utama malam ini.

    4. Shahrul Saad

    Sumber Gambar: Asiana

    Shahrul boleh dikatakan antara pemain terbaik pasukan negara ketika menewaskan pasukan Kemboja. Kekentalan di bahagian pertahanan membuatkan barisan serangan pasukan Kemboja sukar untuk menembusi benteng pertahanan pasukan negara.

    5. Syazwan Andik

    Sumber Gambar: FAM

    Syazwan Andik pada mulanya sedikit bergelut untuk menyesuaikan diri pada perlawanan pertama Khamis lalu. Namun pemain Kuala Lumpur ini kemudiannya memperbaiki persembahan beliau dan menampilka aksi yang baik.

    6. Syamer Kutty Abba

    Sumber Gambar: Goal.com

    Syamer beraksi dengan cemerlang di bahagian tengah dimana beliau mudah untuk mematahkan gerakan serangan yang dilancarkan oleh pemain Kemboja. Selain itu, Syamer juga memberikan sokongan yang baik kepada barisan serangan pasukan negara.

    7. Akram Mahinan

    Sumber Gambar: Football Tribe

    Sama seperti Syamer, Akram menampilkan persembahan cemerlang di bahagian tengah pasukan negara pada perlawanan pertama. Gandingan beliau bersama Syamer seringkali memberikan kesukaran buat pemain serangan Kemboja.

    8. Mohamadou Sumareh

    Picture by Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

    Beraksi pada temasya sulung untuk Malaysia, Sumareh boleh dikatakan menampilkan satu persembahan yang baik. Meskipun melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol di minit-minit akhir pada pertemuan dengan Kemboja, namun kelibat beliau boleh mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.

    9. Norshahrul Idlan Talaha

    Sumber Gambar: FAM

    Matyo menjadi wira apabila menjaringkan go tunggal pada perlawanan pertama. Sudah pasti beliau bakal dikekalkan.

    10. Safawi Rasid

    Sumber Gambar: FAM

    Safawi menggalas tugas dengan baik di bahagian sayap pasukan negara pada perlawanan pertama apabila beliau seringkali mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.

    11. Shahrel Fikri Fauzi

    Sumber Gambar: FAM

    Shahrel dimasukkan pada separuh masa kedua dan impak yang dibawa beliau cukup besar apabila barisan pertahanan Kemboja sedikit bergelut untuk mengawal beliau.

    Itulah dia ramalan barisan kesebelasan utama kami yang mungkin diturunkan pada perlawanan menentang Laos malam ini. Penting untuk Harimau Malaya menewaskan Laos malam ini bagi mencerahkan lagi peluang mereka untuk mara ke peringkat separuh akhir.

    Baca Juga: TCH Mahu Barisan Serangan Lebih Tajam

    Leave a comment

    Your email address will not be published.