• Kemenangan ke atas Laos semalam nyata memberi nafas lega kepada para peminat. Mana tidaknya, pada dua perlawanan selepas ini, kita akan turun menentang pasukan yang kuat iaitu Vietnam dan Myanmar. Para pemain diharapkan tampil dengan persembahan terbaik mereka pada dua perlawanan tersebut.

    Di sini, penulis tertarik nak mengupas mengenai jentera serangan pasukan negara. Kita sedia maklum nama Matyo sedang menjadi sebutan dimana beliau menampilkan persembahan terbaik beliau pada dua perlawanan pertama.

    Namun, penulis berpendapat ada satu nama yang mampu untuk memberikan sesuatu buat pasukan negara. Pemain tersebut ialah penyerang Nakhon Ratchasima, Shahrel Fikri Fauzi. Eki hanya dimasukkan pada separuh masa kedua ketika perlawanan menentang Kemboja dan Vietnam.

    Kita ambil contoh pada perlawanan menentang Laos semalam. Ketika pasukan negara buntu untuk mencari jaringan, ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe memasukkan Shahrel bagi menggantikan Syafiq Ahmad di bahagian tengah bagi membantu jentera serangan pasukan yang dikemudi Matyo dan Zaquan.

    Impak yang dibawa Shahrel nyata berjaya menghidupkan semula barisan serangan pasukan setelah sedikit senyap pada permulaan separuh masa kedua hinggalah minit ke-86. Larian pantas serta pergerakan Shahrel seringkali memecahkan benteng pertahanan pasukan Laos.

    Sama juga halnya ketika Malaysia menewaskan pasukan Kemboja pada perlawanan pertama peringkat kumpulan A. Apabila dimasukkan pada separuh masa kedua, Shahrel berjaya menghadirkan ancaman ke kubu pertahanan lawan.

    Pada perlawanan seterusnya, penulis berpendapat Tan Cheng Hoe boleh memberikan peluang untuk Shahrel Fikri Fauzi tampil dalam kesebelasan utama. Dengan kehadiran Shahrel Fikri, ketajaman barisan serangan negara boleh dipertingkatkan dan kita berpeluang untuk mencatat keputusan positif pada baki dua perlawanan kumpulan A.

    Apa yang pasti, Harimau Malaya perlu mencatat keputusan positif pada perlawanan menentang pasukan Vietnam dan Myanmar bagi mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan edisi kali ini.

    Para pemain perlu menampilkan aksi terbaik mereka kerana dua lawan yang bakal dihadapi selepas ini tidak akan memberikan laluan mudah kepada mereka.

    Baca Juga: Matyo Jadi Nadi Utama Pasukan Negara

    Leave a comment

    Your email address will not be published.