• Ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe mahukan para pemain beliau untuk mengubah persepsi terhadap pasukan Thailand dan turun dengan penuh keyakinan apabila turun menentang skuad Gajah Putih itu pada perlawanan separuh masa pertama Sabtu ini.

    Menurut Cheng Hoe, sudah tiba masanya para pemain negara membuktikan kemampuan mereka apabila beraksi di pentas besar dan tidak mempedulikan status yang dimiliki oleh Thailand.

    “Saya beritahu pemain, mereka harus menukar persepsi tiap kali jumpa Thailand jangan rasa hanya perlu bertahan, jangan rasa mereka lebih bagus, kali ini saya mahu pemain turun Sabtu ini dengan penuh keyakinan.

    “Kemungkinan besar Thailand akan lebih bertahan dan kami lebih menguasai bola dan menyerang tapi sudah pasti kami kena berjaga-jaga kerana mereka memiliki dua, tiga pemain yang boleh menjaringkan gol,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di peringkat separuh akhir ialah pada edisi 2012 dimana pada perlawanan pertama di Bukit Jalil, kedua-dua pasukan meraih keputusan seri. Namun lain ceritanya ketika perlawanan kedua di Rajamangala.

    Keputusan kontroversi pengadil ketika itu, Lee Min-hu yang melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan negara, Fahdli Shas nyata mengubah segala-galanya. Malaysia beraksi dengan 10 pemain pada keseluruhan separuh masa kedua dan Thailand berjaya menjaringkan dua gol menerusi Theeraton Bunmaatan dan Teerasil Dangda.

    Tambah Cheng Hoe, selain beliau mahu pemain untuk menguba persepsi terhadap Thailand, beliau mahukan jaringan awal pada perlawanan Sabtu ini bagi merentap semangat pasukan lawan sekaligus memberikan kelebihan buat Malaysia.

    “Sudah tentu dalam setiap perlawanan, kami mahukan gol awal. Gol awal ini akan memberi keyakinan kepada pemain untuk mempamer aksi lebih baik.

    “Saya pesan kepada pemain supaya lebih fokus, kerana ia cukup penting jika mahu layak ke perlawanan akhir. Tapi dalam perlawanan timbal balik ini, kami juga kena pastikan pintu gol tidak dibolosi,” tambahnya.

    Separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadiium Rajamangala pada 5 Disember nanti.

    Baca Juga: Jangan Lakukan Kesilapan Mudah – Dollah Salleh

    Leave a comment

    Your email address will not be published.