• Insiden yang tidak diingini berlaku setelah perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Myanmar selesai dimana beberapa penyokong Myanmar dipukul dan dicederakan. Kumpulan penyokong tegar Harimau Malaya, Ultras Malaya (UM) menafikan mereka terlibat dalam insiden itu.

    Menurut laporan FoxSport Asia, seramai 20 penyokong Myanmar sedang menunggu bas untuk pulang ke destinasi masing-masing.

    Secara tiba-tiba, mereka diserang oleh sekumpulan penyokong yang dipercayai penyokong Malaysia yang dianggarkan seramai 30 orang. Penyokong Myanmar kemudiannya bertempiaran lari namun ada beberapa penyokong yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri lalu dipukul sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan juga tangan.

    Penyokong yang mengalami cedera kemudiannya dihantar ke hospital terdekat dengan bantuan badan kebajikan tempatan.

    Insiden ini nyata menarik perhatian Ultras Malaya. Mereka kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan di laman media sosial Twitter dimana kumpulan itu menyatakan mereka sama sekali tidak terlibat dengan insiden pemukulan penyokong Myanmar.

    Menurut UM, setelah7 jam melaungkan chanting bermula dari stesen LRT Masjid Jamek hinggalah ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil, mereka tiada tiada untuk melakukan sebarang kekerasan apatah lagi memukul penyokong pasukan lawan. Hendak keluar stadium saja mereka harus merangkak.

    Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku dalam saingan Piala AFF Suzuki apabila melibatkan pasukan negara. Pada perlawanan separuh akhir edisi 2014 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, segelintir penyokong Vietnam dipukul sehingga ada di kalangan mereka mengalami kecederaan.

    Apa yang pasti, diharapkan kejadian memalukan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Bukan saja kejadian ini boleh mendatangkan mudarat kepada pasukan, malah penyokong Malaysia yang bertandang ke tempat lawan juga berisiko untuk berhadapan dengan situasi sama jika perkara ini tidak dibendung.

    Baca Juga: Harimau Malaya Atasi Myanmar Dengan Bergaya

    Leave a comment

    Your email address will not be published.