• Macam-macal hal yang boleh dilakukan oleh manusia ni kalau nak lari daripada masalah. Baru-baru ini, Terengganu City FC cuba untuk lari daripada membayar tunggakan gaji pemain dan pegawai apabila mereka menubuhkan kelab baru dengan nama kepada Langkawi Football Club.

    Status penubuhan pasukan baru itu masih belum jelas sama ada masih bertindak sebagai TCFC atau satu entiti baru disebabkan penggunaan logo yang sama.

    Penubuhan Langkawi Football Club ini nyata mendapat perhatian Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dimana beliau berkata TCFC tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan meskipun menubuhkan satu kelab baru.

    Ini kerana TCFC terpalit dengan tunggakan gaji pemain dan juga pegawai pasukan yang sehingga kini masih belum diselesaikan.

    “Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan TCFC beraksi dalam Liga Perdana disebabkan tunggakan gaji.

    “Pertukaran nama daripada TCFC ke LFC tidak akan melepaskan mereka daripada melunaskan tanggungjawab terhadap isu-isu yang berkaitan.

    “LFC tidak akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan. Itu jaminan saya,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

    Stuart menambah sekiranya TCFC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan juga pegawai pasukan dalam masa terdekat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih perlu menilai keadaan kewangan kelab tersebut.

    FAM berdepan kesukaran untuk mencalonkan TCFC beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan kerana kelab itu mempunyai rekod kewangan buruk sejak beberapa musim lalu.

    “FAM dan MFL bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan setiap pasukan daripada aspek kewangan.

    “Jika mereka melunaskan tunggakan tersebut, kami masih perlu memantau kestabilan kewangan pasukan itu di masa akan datang,” tambah Stuart.

    Di sini perkiraannya mudah. Anda nak beraksi di Liga Perdana, selesaikan tunggakan gaji., cari dana dan FAM pun sudah pasti akan memberi kebenaran untuk anda beraksi.

    Tak perlu nak berdrama dengan menubuhkan satu kelab baru dengan nama Langkawi Football Club. Di sini anda dilihat seolah-olah mahu lari daripada tanggungjawab anda untuk membayar hutang.

    Baca Juga: Bekas Physio Hanelang Dan TCFC Tuntut Tunggakan Gaji

    Leave a comment

    Your email address will not be published.