• Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menegaskan pemain muda negara, Akhyar Rashid masih milik mereka meskipun Johor Darul Ta’zim telah membuat pengumuman mengatakan Akhyar telah berhijrah menyertai juara Liga Super musim 2018 itu.

    KFA menegaskan Akhyar masih milik mereka kerana tiada penebusan kontrak dibuat oleh pemain tersebut sepertimana yang diarahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

    “Ini kerana setakat ini tiada proses penebusan kontrak oleh pemain dan pelepasan dilakukan menurut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

    “Sijil Pelepasan Pemain masih di bawah hak mutlak KFA dan status quo pemain itu kekal sehingga 30 November 2019. Sebarang perlanggaran menandatangani dua kontrak pada masa yang sama adalah penghinaan kepada Statut FAM.

    “Pihak berkenaan akan menjadi asas aduan tatatertib oleh KFA dan kami sedang dalam proses meneruskan tindakan di Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS),” kata KFA.

    Ketika FAM dan KFA masih lagi belum menemukan kata sepakat mengenai jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh mana-mana pasukan yang mahukan khidmat Akhyar, JDT secara tiba-tiba membuat satu pengumuman dimana mereka menyatakan telah berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 19 tahun ini.

    Pengumuman ini dibuat semalam menerusi satu video pendek yang dimuat naik di media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers.

    Welcome To JDTHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

    Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, 28 December 2018

    Malah, Johor Darul Ta’zim turut mengumumkan bahawa mereka menambah klausa pelepasan bernilai RM12 juta ke atas kontrak Akhyar serta bersedia membayar RM100,000 sebagai yuran pembangunan meskipun mereka hanya perlu membayar RM75,000 kepada KFA. Akhyar diikat kontrak selama empat tahun.

    Apa yang pasti, isu ini nampaknya masih jauh daripada menemui jalan penyelesaian. KFA dikhabarkan mahu membawa isu perpindahan Akhyar ini Ken pengetahuan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

    Namun, FAM menasihatkan agar tidak melibatkan CAS dalam perkara ini dan mereka menjemput KFA untuk mengadakan pertemuan ’empat mata’ bagi membincangkan serta mencari jalan keluar bagi menyelesaikan isu ini.

    Baca Juga: Johor Darul Ta’zim Tidak Hormati Undang-Undang – KFA

    Leave a comment

    Your email address will not be published.