• Masa depan mengenai pemain muda negara, Akhyar Rashid akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim.

    Perkara ini diumumkan oleh JDT menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers dimana mereka memuat naik satu video memaparkan Akhyar menyarung jersi JDT dan melawat dressing room pasukan.

    Welcome To JDTHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

    Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, 28 December 2018

    Pengumuman yang dibuat oleh JDT ini sekaligus meletakkan titik noktah dalam transfer saga Akhyar yang bermula sejak sebulan yang lalu. Drama ini akhirnya sudah sampai ke episod penamat.

    Kini dengan situasi Akhyar yang sudah sah menyertai Johor Darul Ta’zim, tumpuan para peminat bola sepak tanah air beralih kepada berapa jumlah pampasan yang dibayar oleh JDT untuk mendapatkan khidmat Akhyar.

    Selain itu, para peminat juga ternanti-nanti maklum balas daripada bekas majikan Akhyar Rashid, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai perkara ini.

    Sebelumnya, KFA mahu mengheret Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kerana mereka tidak berpuas hati mengenai keputusan FAM yang menolak rayuan mereka dimana KFA memohon untuk mendapatkan jumlah pampasan yang lebih tinggi daripada mana-mana pasukan yang mahu mengambil khidmat Akhyar.

    Apa yang pasti, pemain berusia 19 tahun ini perlu bekerja keras bagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan Johor Darul Ta’zim kerana terdapat beberapa pemain tempatan dan juga import yang akan bersaing bari merebut slot tersebut.

    Antarnya ialah Gonzalo Cabrera yang beraksi dengan baik dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Selain itu, ada nama Safawi Rasid yang sedang meningkat naik ketika ini dan juga Hazwan Bakri.

    Baca Juga: Tak Perlu Babitkan Mahkamah Timbang Tara Sukan – FAM

    Leave a comment

    Your email address will not be published.