• Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh mahu berjuang bermati-matian demi memastikan pasukan negara menjinakkan Vietnam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018.

    Sumareh berkata demikian kerana ianya berbaloi meskipun beliau sedikit keletihan setelah mengharungi enam perlawanan. Tambahan pula kecederaan hamstring sedikit merencatkan prestasi beliau bersama pasukan negara.

    “Jika perlu berjuang mati-matian untuk Malaysia, saya akan melakukannya kerana ia sangat berbaloi.

    “Sejujurya kami keletihan ketika latihan dan di luar latihan, tapi bukan kami saja yang perlu menghadapinya, negara lain juga berdepan perkara sama. Kami perlu bekerja keras.

    “Kami tidak mengadu yang kami keletihan tapi kami melakukan apa yang kami mampu,” kata Sumareh menurut laporan Berita Harian.

    “Ia sesuatu yang saya mahu berikan kepada penyokong Malaysia dan saya mungkin perlu menahan kesakitan serta kecederaan kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah.

    “Harap tahap kecergasan saya berada pada 100 peratus, tapi jika saya benar-benar tidak boleh beraksi, saya tahu pemain lain yang cergas dan boleh beraksi lebih baik.”

    Tambah Sumareh, kelemahan pasukan negara ialah memberikan sepenuh tumpuan sepanjang perlawanan dan perkara ini hampir memakan diri ketika perlawanan separuh akhir di Bangkok pada Rabu lalu.

    Pemain sayap Pahang ini berharap kesilapan tersebut tidak berlaku lagi pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada Selasa hadapan.

    “Saya fikir kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang 90 minit kerana sekali kami hilang fokus, kami akan menerima padah,” tambahnya.

    Apa yang pasti, kelincahan Sumareh sudah pasti menjadi harapan utama pasukan negara untuk mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan. Selain Sumareh, seorang lagi pemain sayap, Safawi Rasid dan Norshahrul Idlan Talaha juga bakal menjadi senjata utama negara untuk mencari jaringan.

    Baca Juga: Matyo Mahu Lunas Dendam

    Leave a comment

    Your email address will not be published.