• Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah menerima surat daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang mengatakan Kongres Luar Biasa (EGM) pada 8 November lepas telah melanggar statut dan terdapat beberapa keraguan maka ianya adalah tidak teratur dan tidak mengikut proses.

    Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon mengeluarkan satu kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan sebentar tadi. Berikut adalah kenyataan Dr Johan.

    “Sekretariat Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) semalam telah menerima surat daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bertarikh 17 Disember 2018. Surat tersebut menyatakan bahawa mesyuarat yang kononnya Kongres Luar Biasa (EGM) pada 8 November lepas telah melanggar statut dan terdapat beberapa keraguan maka ianya adalah tidak teratur dan tidak mengikut proses.

    “Tuanku Presiden, barisan Exco dan Sekreteriat Agung FAS berasa amat bersyukur atas perkembangan ini dan fokus kami untuk memantapkan persiapan untuk bersaing pada musim 2019 dapat dipertingkatkan. Kami juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong Red Giants yang telah memberi sokongan sepenuhnya kepada kami selama ini.

    “Akhir sekali, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah menangani isu ini dengan penuh kredibiliti dan profesionalisma,” katanya.

    Baru-baru ini, ahli kumpulan gabungan yang mengadakan EGM tersebut bertindak mahu menyaman Presiden FAS, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Keputusan tersebut diambbil berikutan tindakan baginda yang mengumumkan pemecatan 43 ahli kelab gabungan persatuan tersebut.

    Geng EGM atau Geng Derhaka itu mendakwa keputusan memecat 43 daripada 52 Ahli Gabungan yang menyokong EGM itu dengan menggunakan Artikel 38 adalah ‘alasan yang lemah dan tidak munasabah’.

    Apa yang pasti, dengan keputusan yang dikeluarkan oleh PJS ini, ianya dapat menghantikan segala usaha untuk mencetuskan huru-hara dan menggangu persiapan pasukan Selangor menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

    Di bawah pimpinan Tengku Amir Shah, Selangor mengalami perubahan drastik dari segi kaedah pengurusan pasukan dan juga barisan pemain.

    Baca Juga: FAS Singkirkan 43 Ahli Gabungan Yang Derhaka

    Leave a comment

    Your email address will not be published.