• Nampak isu tunggakan gaji bukan saja melanda pasukan bawahan, tetapi pasukan juara juga dilanda masalah yang bagaikan ‘lauk’ dalam hidangan utama peminat bola sepak Malaysia.

    Menurut sumber memberitahu kepada Berita Harian dimana Felda United berdepan isu tunggakan gaji selama tiga bulan sejak September lalu dan oerkara ini nyata memberi kesan kepada pemain yang mengharapkan pengurusan kelab itu menjelaskan pembayaran tunggakan gaji dengan segera.

    Menurut sumber tersebut, tunggakan gaji bukan saja melibatkan para pemain namun ianya juga melibatkan barisan kejurulatihan pasukan.

    “Sebagai pemain profesional, sukar buat kami berdepan dengan masalah tunggakan gaji kerana banyak komitmen perlu diselesaikan.

    “Bagi pemain yang tidak disambung kontrak bersama FELDA United musim hadapan, ia memberi kesan kerana memerlukan sumber kewangan untuk mencari pasukan baharu.

    “Jika mahu menjalani sesi pemilihan, ia memerlukan modal dan tempoh tiga bulan tunggakan gaji tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

    Tambah sumber tersebut, pengurusan pasukan seharusnya tidak menggunakan alasan pasukan ketika ini sedang mengalami masalah kewangan kerana bajet sudah ditetapkan pada awal musim ini.

    Jika pasukan menghadapi masalah kewangan, maka sepatutnya Felda United tidak beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

    “Namun, The Fighters kini sedang membentuk pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super selepas semusim beraksi di Liga Perdana musim ini.

    “Oleh itu, kami meminta pengurusan kelab menyegerakan bayaran gaji kerana ada di kalangan pemain yang tidak dilanjutkan kontrak masih belum mendapat pasukan baharu,” tambahnya.

    Bagi saingan musim 2019, Felda kehilangan beberapa watak penting yang memastikan mereka muncul juara Liga Perdana musim ini. Ketua jurulatih, B.Sathianathan berhijrah ke Selangor manakala pemain berpengalaman, Shukor Adan dan Syamim Yahyah berhijrah ke Melaka United dan Terengganu FC.

    Masalah gaji ini nyata mengecewakan pemain dimana mereka bekerja keras dalam memastikan pasukan muncul juara saingan Piala Perdana musim ini.

    Apa yang pasti, pengurusan pasukan Felda United perlu segera menyelesaikan masalah ini agar fokus pemain tidak terganggu.

    Baca Juga: Tan Cheng Hoe Sasar Piala Asia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.