• Kumpulan ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) atau yang lebih sinonim dengan gelaran Geng Derhaka bertindak mahu menyaman Presiden FAS, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Keputusan untuk menyaman Tengku Amir ini diambil berikutan keputusan baginda yang mengumumkan pemecatan seramai 43 ahli geng tersebut laman media sosial rasmi pasukan minggu lalu.

    Menurut kumpulan tersebut, keputusan Tengku Amir untuk memecat 43 daripada 52 Ahli Gabungan yang menyokong EGM itu dengan menggunakan Artikel 38 adalah ‘alasan yang lemah dan juga tidak munasabah’.

    Di sini penulis berpendapat tindakan yang mahu diambil oleh ahli kumpulan gabungan FAS ini adalah sia-sia dan hanya menyusahkan diri sendiri serta ramai pihak. Pesuruhjaya Sukan telahpun menyatakan bahawa EGM haram yang diadakan pada 8 November lepas adalah ‘tidak teratur dan tidak mengikut proses.’

    Jadi atas dasar apa anda mahu menyaman Presiden FAS ? Sudah terang lagi bersuluh EGM yang ahli kumpulan gabungan ini adakan adalah tidak sah. Malah pihak FAS sendiri mempunyai bukti yang menyatakanE GM tersebut tidak sah.

    Tindakan tidak masuk akal Geng Derhaka ini sememangnya membangkitkan amarah peminat setia pasukan Selangor. Ini kerana peminat ketika ini berpuas hati dengan langkah serta perancangan yang dilakukan oleh pihak pengurusan di bawah pimpinan Tengku Amir.

    Jika segalanya berjalan dengan lancar, sudah pasti peminat setia mahu perkara tersebut diteruskan tanpa ada sebarang gangguan. Tindakan Geng EGM ini bukan sahaja mahu menderhaka kepada Tengku Amir Shah malah mereka mahu menentang peminat setia pasukan yang berada teguh di belakang pasukan.

    Nasihat penulis kepada mereka ini adalah cukup-cukuplah. Biarkan Tengku Amir Shah dan pasukannya memperkasakan Selangor menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan. Carilah perkara yang lebih berfaedah daripada menimbulkan masalah dan menyusahkan orang lain.

    Baca Juga: Lee Tuck Menyarung Jersi Harimau Malaya ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.