• Bekas pemain skuad kebangsaan, Badhri Radzi menasihati pemain negara agak tidak takut apabila berdepan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional My Dinh pada esok.

    Tambah Piya, anak-anak buah Tan Cheng Hoe perlu turun dengan keyakinan tinggi tanpa memikirkan kekuatan yang dimiliki oleh pasukan lawan meskipun mereka beraksi di laman lawan.

    “Pada 2014 kita tewas 1-2 di Shah Alam dan perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 di Vietnam. Tapi dengan keyakinan tinggi semua pemain kita berjaya menewaskan mereka 4-2 di Hanoi.

    “Tapi bezanya kali ini tugas lebih mudah Harimau Malaya apabila hanya perlu menang tanpa mengira jaringan selepas seri 2-2 di Bukit Jalil,” kata Piya kepada Berita Harian.

    “Sebab itu saya kata tiada yang mustahil, kerana jika menang 1-0 pun sudah cukup buat Malaysia. Semua pemain hanya perlu yakin kepada diri sendiri dan semua rakan sepasukan.

    “Jangan terlalu fikir kelebihan Vietnam bagi mengelak daripada tekanan dan pemain hanya perlu turun beraksi seperti biasa.”

    Pada saingan edisi 2014 perlawanan peringkat separuh akhir antara kedua-dua pasukan di venue yang sama, puluhan ribu penyokong Vietnam tergamam apabila pasukan negara yang dibimbing oleh Dollah Salleh ketika itu melakukan kebangkitan apabila menundukkan pasukan Vietnam dengan keputusan 4-2 sekaligus mara ke pentas akhir dengan agregat 5-4.

    Kini, Malaysia memerlukan kemenangan tipis ataupun keputusan 3-3 untuk memadan kelebihan pasukan lawan sekaligus menjulang trofi Piala AFF edisi kali ini.

    Piya turut menekankan ribuan penyokong Vietnam yang akan membajiri stadium sepatutnya tidak menjadi masalah kerana ramai penyokong setia Harimau Malaya juga betandang ke Hanoi bagi memberikan sokongan.

    “Mungkin Vietnam ada kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, tapi itu bukan masalah utama. Malah, penyokong kita pun ramai yang akan ke sana untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

    “Kita sebagai pelawat juga boleh melakukan sesuatu dan saya percaya dengan barisan pemain berkualiti yang ada dalam skuad ketika ini, Malaysia mampu muncul juara Piala AFF 2018,” tambahnya.

    Baca Juga: Tidak Mustahil Untuk Kita Juara – Zaquan Adha

    Leave a comment

    Your email address will not be published.