• Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berharap tragedi pada edisi 2014 tidak berulang apabila Malaysia turun menentang pasukan Vietnam pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 Selasa ini.

    Empat tahun lalu, beberapa penyokong Vietnam diserang oleh sekumpulan peminat Harimau Malaya yang gagal menerima kekalahan skuad kebangsaan. Ketika itu, Malaysia tewas dengan keputusan 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam.

    Stuart mahukan perlawanan akhir pertama Selasa ini berlangsung dengan lancar dan penyokong tuan rumah memberikan layanan yang baik kepada penyokong skuad The Golden Dragon.

    “FAM telah mengambil langkah proaktif dengan meminta polis menambah anggota.

    “Sewaktu menentang Laos, 250 anggota ditugaskan manakala bertemu Thailand jumlah itu ditingkatkan empat kali ganda. Bagi aksi final, ia akan bertambah cuma saya tidak dapat pastikan jumlahnya.

    “Pada final nanti, kami juga akan tingkatkan ciri-ciri ke­selamatan dan berdasarkan dua perlawanan menyaksikan stadium kita penuh, saya memuji tahap keselamatan sehingga tidak boleh mencari elemen negatif.

    “Terima kasih kepada penyokong. Harap tiada sebarang elemen negatif dalam final nanti.

    “Terus beri sokongan secara profesional dan jadi tuan rumah yang baik serta terima keputusan perlawanan seandainya tidak menyebelahi kita,” kata­nya menurut laporan Utusan.

    Stuart menambah sekiranya tragedi pada edisi 2014 lalu berulang kembali, perkara itu hanya memberi kesusahan kepada penyokong Harimau Malaya yang ingin bertandang ke Hanoi pada 15 Disember nanti.

    “Saya harap perlawanan berlangsung sempurna kerana jika terjadi apa-apa ia akan memberi risiko kepada penyokong kita yang akan ke Hanoi.

    “Apa yang berlaku di Kuala Lumpur pasti memberi kesan terhadap persekitaran di tempat lawan,” tambahnya.

    Baca Juga: Jauhi Media Sosial – Datuk Hamidin Amin

    Leave a comment

    Your email address will not be published.