• Juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim telah membuka pintu rundingan bersama pemain sayap negara, Akhyar Rashid setelah pemain tersebut menjadi ejen bebas.

    Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Sukan Johor Darul Ta’zim, Martin Prest di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

    Pada awal bulan ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa pihaknya telah membenarkan Akhyar untuk menebus baki kontrak beliau bersama pasukan Kedah yang berjumlah RM210,000. Punca FAM campur tangan dalam hal ini ialah pemain berusia 19 tahun ini membawa permasalah beliau dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke pengetahuan FAM.

    Dengan ini, Akhyar telah sah menjadi ejen bebas dan beliau boleh melakukan rundingan dengan mana-mana pasukan yang mahu disertai beliau pada saingan musim hadapan.

    Berita yang mengaitkan Akhyar dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim adalah satu perkara yang sudah dijangka akan berlaku kerana pemain ini pernah melawat stadium serta pusat latihan JDT dan gambar tersebut telah viral di laman media sosial.

    Tambahan pula, JDT mempunyai fasiliti serta kemudahan yang bertaraf dunia dimana perkara ini menjadikan juara lima kali Liga Super itu destinasi yang ideal untuk pemain muda.

    Tambah Martin Prest lagi, pihak kelab kini sedang dalam usaha untuk menambah squad depth kerana mereka akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan.

    Setakat ini, JDT hanya membawa masuk dua pemain import iaitu pemain pertahahan, Maurício dos Santos Nascimento dan pemain tengah, Aaron Niguez yang merupakan abang kepada pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez.

    Dalam saingan Liga Juara-Juara Asia pula, JDT diundi dalam kumpulan E disamping kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC dan dua lagi pasukan akan diketahui selepas peringkat kelayakan tamat.

    Baca Juga: Zafuan Azeman Jalani Ujian Bersama Venezia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.