• Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tiga penerbangan khas untuk membawa penyokong Harimau Malaya bertandang ke Hanoi bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki 2018.

    Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan syarikat penerbangan negara supaya lebih ramai peminat tempatan dapat memberi sokongan skuad negara.

    “Semasa perlawanan separuh akhir kedua sebelum ini (di Bangkok, Thailand), pihak AirAsia bersetuju sediakan penerbangan sewa khas dan kali ini, saya nak pastikan perkara sama berulang cuma kita nak tambahkan lebih banyak penerbangan.

    “Saya sedang berbincang dengan Malaysia Airlines dan juga AirAsia. Kita mahu suara penyokong Ultras Malaya didengari pada perlawanan akhir kedua itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Syed Saddiq juga mengatakan beliau akan mengumumkan mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

    Untuk perlawanan di Bangkok pada Rabu lalu, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia membuat satu inisiatif dimana mereka memberikan potongan harga tiket kepada penyokong yang bertandang ke tempat lawan bagi memberikan sokongan kepada Harimau Malaya.

    Apa yang pasti, jika benar tiga penerbangan khas ini dapat direalisasikan, maka ianya sedikit-sebanyak boleh membantu para penyokong yang mahu memberikan sokongan kepada pasukan negara pada perlawanan akhir kedua yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember mendatang.

    Satu lagi perkara yang ditunggu-tunggu oleh peminat ialah harga tiket yang perlu dibayar. Jika syarikat penerbangan tersebut dapat mengurangkan sedikit harga tiket, maka ianya boleh membantu untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung penyokong.

    Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe akan menjamu pasukan Vietnam terlebih dahulu pada 11 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Baca Juga: KBS Sedia Bantu Penyokong Untuk Awayday

    Leave a comment

    Your email address will not be published.