• Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih belum berpuas hati dengan isu pelepasan kontrak Akhyar Rashid yang telah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia dan menganggap perkara ini masih belum selesai.

    Menurut Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris, pihaknya akan mengemukakan rayuan dan mahu FAM menilai semula keputusan yang telah mereka tetapkan.

    “Kami masih tak puas hati status Akhyar dan merayu FAM supaya dapat melihat kembali isu ini selanjutnya serta memohon FAM meneliti perkara ini secara keseluruhan.”

    “KFA akan mengutuskan surat rayuan kepada FAM hari ni bagi tujuan menjelaskan hasrat sebenar KFA dan selepas itu kita akan tunggu jawapan serta maklum balas daripada FAM seterusnya.”

    “Perkara ini perlu dirundingan dengan cara terbaik dan KFA sebagai majikan perlu diberi ruang dalam mengemukakan rayuan seadilnya dalam mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak,” kata Asmirul.

    Sebelum ini, KFA nyata berasa kecewa dengan jumlah pampasan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Status FAM yang meletakkan nilai RM75,000 bagi mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar Rashid. Satu nilai yang sangat keciL.

    Jumlah tersebut dianggap merugikan KFA kerana mereka adalah majikan kepada Akhyar Rashid. KFA juga mahukan FAM untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya agar permasalahan yang belum selesai ini dapat dituntaskan.

    Akhyar yang masih memiliki kontrak bersama persatuan itu sehingga tahun 2019 juga berhadapan nilai baki kontrak atau tebus kontrak sebanyak RM210,000 yang juga turut dimaklumkan selepas mesyuarat berkenaan.

    Setelah bergelar ejen bebas, juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim kemudiannya mengumumkan mereka kini sedang melakukan rundingan untuk mendapatkan Akhyar.

    JDT akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan dan mereka kini dalam usaha untuk memperkasakan pasukan bagi memastikan mereka tidak menjadi pasukan belasahan dan mampu untuk memberikan saingan.

    Baca Juga: JDT Terkejut Dengan Tindakan KFA

    Leave a comment

    Your email address will not be published.