• Liga Malaysia musim 2019 semakin hampir untuk menggunakan khidmat pengadil profesional bagi memantapkan lagi kualiti pengadilan yang sebelumnya mendapat kritikan hebat dari para peminat.

    Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya kini berada di peringkat akhir perbincangan untuk memastikan kehadiran pengadil profesional buat kali pertama di negara ini menjadi kenyataan.

    Keputusan mengenai perbincangan ini akan diketahui dalam tempoh masa dua minggu lagi setelah FAM berbincang dengan pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

    “Perbincangan dengan MFL mengenai pengadil profesional ini masih berlangsung. Saya harap dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi kita akan tahu keputusannya.

    “Bukan saja tukar status profesional tetapi juga sistem dan industri. Daripada pihak FAM, kita sedang melihat cara paling sesuai untuk melangkah ke depan dengan pengadil profesional.

    “Musim 2019 memang agak sengit, jadi harapan terhadap pengadil juga meingkat dan saya harap prestasi pengadil akan turut sama melonjak,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Kualiti pengadilan Liga Malaysia sebelum ini mendapat kritikan hebat terutamanya ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 diantara pasukan Perak menentang Teregganu FC.

    Pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman membuat beberapa keputusan yang dianggap kontroversi dan tidak patut dilakukan dalam perlawanan tersebut. Jika terlaksana, ia pastinya perkembangan positif, seiringan dengan peningkatan kualiti liga tempatan.

    Pada masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Md Dali Wahid berkata beliau berpegang kepada prinsip ‘tegas tetapi adil’.

    “Semua tahu pengadil dikutuk hebat selepas final Piala Malaysia. Kita tidak lihat kritikan itu sebagai sesuatu yang negatif. Ini cabaran untuk pengadil dan yang penting mereka tahu tanggungjawab,” katanya.

    Penggunaan pengadil profesional dilihat sedikit-sebanyak dapat menyelesaikan kemelut pengadil yang berlaku sejak sekian lama dalam saingan Liga Malaysia. Sudah tiba masa semua pihak memainkan peranan khususnya badan pengadil dalam negara bagi memastikan kancah Liga Malaysia semakin maju dan kualiti Liga (M) sendiri dapat dipertingkatkan pada masa akan ddatang.

    Baca Juga: FAM, MFL Tubuhkan Badan Pengadilan Bebas

    Leave a comment

    Your email address will not be published.