• Pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Aaron Niguez berhasrat mahu membantu kelab tersebut memenangi seberapa banyak kejuaraan pada masa akan datang.

    Menurut media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers, abang kepada pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez ini motivasinya berada dalam tahap terbaik dan beliau teruja berada dalam pasukan.

    “Saya sudah mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan untuk mendapatkan keserasian. Segala-galanya berjalan lancar dan sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik buat pasukan untuk mencapai apa yang ditetapkan oleh ‘Boss’ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim).

    “Misi utama saya di sini adalah mahu meraih kejayaan dalam Liga Juara-Juara Asia (AFC) dan mahu memenangi seberapa banyak piala di Malaysia untuk dihadiahkan kepada ‘Boss’ dan penyokong setia Harimau Selatan,” katanya.

    Aaron dibawa masuk bagi memperkemaskan pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan. Bekas pemain akademi Valencia ini mampu untuk beraksi di pelbagai posisi seperti penyerang kedua, pemain tengah menyerang, sayap kiri dan sayap kanan.

    Kemampuan yang dimiliki oleh Aaron ini sudah pasti bakal memberi manfaat buat JDT yang bukan saja bakal beraksi di peringkat Asia, namun mereka mahu mempertahankan gelaran Liga Super yang telah dimenangi selama lima musim berturut-turut ini.

    Sebagai rekod, Aaron pernah beraksi bersama Real Oviedo, Tenerife, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva serta Celta Vigo selain pernah beraksi di luar negara seperti di Greece dan Scotland.

    Selain membawa masuk Aaron Niguez, JDT juga membawa masuk pemain pertahanan dari Brazil, Mauricio Nascimento bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Marcos Antonio. Mauricio pernah beraksi bersama Lazio dalam saingan Serie A Itali.

    Baca Juga: Harapan Besar Fagiano Terhadap Hadi Fayyadh

    Leave a comment

    Your email address will not be published.