• Malaysia tidak pernah tewas sejak 1971 apabila berdepan dengan pasukan Thailand di laman sendiri dan Tan Cheng Hoe tidak mahu rekod tersebut lebur pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 malam ini.

    Tan Cheng Hoe menambah pasukan negara tidak akan turun dengan corak bertahan dan akan cuba mencari sebanyak gol yang boleh diperoleh sekaligus mempertahankan rekod sedia ada.

    “Anda tidak boleh bertahan sepanjang 90 minit apabila menentang pasukan yang lebih bagus.

    “Apa yang penting esok, kami tidak boleh benarkan gawang dibolosi, selain perlu mencari keputusan positif untuk dibawa ke Bangkok.

    “Pemain kena menyerang dan berwaspada dengan serangan balas Thailand. Pertahanan kena fokus kerana setiap kali kami menyerang kami terdedah kepada serangan lawan,” katanya menurut laporan Utusan.

    Cheng Hoe turut berpesan kepada anak-anak buah beliau selain mengawal pergerakan Adisak Kraisorn, seorang lagi pemain Thailand iaitu Sanrawat Dechmitr.

    “Sanrawat mampu melakukan hantaran bahaya dan amat laju. Tugas mengawasinya tidak mudah, harap bahagian tengah kami dapat menyekat pergerakannya.

    “Pemain No. 9 (Adisak) juga cukup bahaya, namun secara keseluruhan Thailand memiliki barisan seimbang.

    “Mereka mampu bertahan baik, malah kapten (Chalermpong Kerdkaew) juta berjaya memberi arahan dengan baik di benteng pertahanan,” tambah Cheng Hoe.

    Adisak setakat ini telah menjaringkan 7 gol dan beliau sudah pasti menjadi ancaman utama kepada benteng pertahanan pasukan negara.

    Tambahan pula beliau mempunyai pengalaman berdepan Malaysia dimana beliau menjadi wira apabila Thailand menewaskan Malaysia di saingan peringkat kumpulan pada edisi 2014. Adisak menjaringkan dua gol ketika itu bagi memberikan kemenangan buat skuad Gajah Perang.

    Baca Juga: Pemain Harus Lebih Waspada – Tan Cheng Hoe

    Leave a comment

    Your email address will not be published.