• Bekas pengendali pasukan Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah mahu pemain naturalisasi yang berkualiti tinggi bagi memastikan mutu permainan pasukan kebangsaan dapat dipertingkatkan.

    Azraai yang pernah memenangi Double Treble bersama pasukan Kedah berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menapis terlebih dulu pemain naturalisasi yang mahu diambil bagi memastikan pemain tersebut berkualiti tinggi dan mampu menyumbang sesuatu kepada pasukan negara.

    Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi telah mengesahkan dua pemain import Liga Malaysia (Liga M), Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi selain pemain berdarah kacukan, Lee Tuck sedang dinilai untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa depan.

    Akan tetapi, Azraai dilihat tidak bersetuju dengan pemain yang dicadangka oleh FAM.

    “Saya anggap Guilherme (de Paula) sudah tidak sesuai lagi untuk dipanggil me­nyarung jersi kebangsaan atas faktor umurnya yang bakal mencecah 33 tahun pada musim depan.

    “Sementara itu, Liridon (Krasniqi) pula masih muda dan memiliki teknik bola sepak yang baik tetapi dia dikhabarkan mempunyai sedikit sikap negatif dan masalah disiplin.

    “Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh FAM sekiranya mahu memancing pemain naturalisasi baharu adalah mencari bakat muda yang menyerlah dalam Liga M untuk tempoh lima tahun seperti Sumareh dan jangan pilih sebarangan ,” katanya menurut laporan Kosmo.

    Azraai berpendapat posisi paling kritikal yang perlu diisi oleh pemain asing ialah di bahagian serangan selepas bahagian tersebut dilihat sedikit tumpul ketika beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu.

    “Saya lihat Sumareh masih lagi belum memiliki persefahaman bersama rakan-rakan sepasukan. Pen­ting buat pemain naturalisasi baharu negara nanti untuk menyesuaikan diri dengan falsafah dan budaya bola sepak tempatan,” tambahnya.

    Baca Juga: Lee Tuck Tak Gusar Dengan Status Kuda Tua

    Leave a comment

    Your email address will not be published.