• Pemain sayap lincah, Mohd Faiz Nasir menjelaskan beliau memilih pasukan Selangor sebagai destinasi seterusnya kerana faktor keluarga dan bukannya kerana gaji lumayan yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) seperti yang beredar di laman media sosial.

    Faiz berpendapat isu yang beradar sebelum ini hanyalah pandangan daripada peminat ataupun pengkritik. Selain faktor keluarga, Faiz menjelaskan keinginan untuk menyarung jersi Merah Kuning sejak bergelar pemain profesional turut menjadi faktor utama mengapa beliau berhijrah ke Selangor.

    “Itu pandangan peminat atau pengkritik, saya tidak boleh halang, tetapi saya tegaskan bukan soal tawaran lumayan yang diterima daripada skuad juara 33 kali Piala Malaysia itu membuatkan saya tidak memilih MU.

    “Ini mungkin rezeki saya bersama Selangor, lagipun saya sudah berunding secara baik dengan pengurusan Melaka berhubung perkara itu dan berharap isu ini tidak diperbesarkan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Sebelum ini, Faiz yang membantu Terengganu FC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 dikhabarkan semakin hampir untuk menyertai Melaka United musim hadapan.

    Akan tetapi, minggu lalu FAS mengeluarkan satu pengumuman berupa video dimana dalam video tersebut mengatakan Faiz telah sah menyertai pasukan Selangor bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

    Tambah Faiz, beliau berharap kehadiran beliau bersama rakan sepasukan ketika beraksi bersama Terengganu FC, Abdul Latif Shuhaimi tidak sekadar menjadi pelengkap dan mampu untuk menyumbang sesuatu buat pasukan.

    “Selepas gagal mendakap trofi Piala Malaysia bersama TFC, saya harap rezeki saya tiba musim depan lebih-lebih lagi skuad itu ada auranya yang tersendiri,” tambah Faiz.

    Sejak Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil alih tampuk pemerintahan FAS, banyak perubahan yang dibawakan dari segi pemain dan juga perkara lain seperti sosial media rasmi pasukan.

    Selain Faiz Nasir dan Latif Shuhaimi, pengurusan pasukan Selangor telah membawa masuk beberapa pemain antaranya Syazwan Zainon, Halim Shaari, K.Prabakaran, Nor Hakim Isa dan Azreen Zulkafali.

    Baca Juga: Selangor Umumkan Kerjasama Bersama Joma

    Leave a comment

    Your email address will not be published.