• Harimau Malaya akan turun menentang Vietnam dalam perlawanan akhir pertama saingan Piala AFF Suzuki 2018 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di sini, kami nak berkongsi dengan anda ramalan kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh Tan Cheng Hoe.

    1. Farizal Marlias

    Sumber Gambar: FAM

    Farizal beraksi dengan baik dalam tiga perlawanan setakat ini. Meskipun beliau dibolosi dua gol pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Thailand, namun sumbangan beliau tidak dapat dinafikan.

    2. Amirul Azhan Aznan

    Sumber Gambar: FAM

    Dengan ketiadaan Syahmi Safari yang digantung perlawanan, posisi pertahanan kanan berkemungkinan besar diisi oleh pemenang Piala Malaysia 2018 iaitu Amirul Azhan Aznan. Amirul hanya memanaskan bangku simpanan sebelum ini.

    3. Adam Nor Azlin

    Sumber Gambar: FAM

    Irfan Zakaria dilihat sedikit bergelut ketika perlawanan menentang Thailand minggu lalu. Jadi Cheng Hoe boleh menurunkan Adam bagi digandingkan dengan Shahrul Saad.

    4. Shahrul Saad

    Dengan ketiadaan Aidil Zafuan akibat kecederaan, Shahrul Saad akan memainkan peranan penting dimana beliau akan mengemudi benteng pertahanan.

    5. Nazirul Naim

    Sumber Gambar: FAM

    Nazirul Naim tampil dengan baik pada perlawanan separuh akhir kedua dan kami berpendapat beliau akan dikekalkan dalam kesebelasan utama.

    6. Akram Mahinan

    Sumber Gambar: FAM

    Seperti biasa, Akram akan memainkan peranan penting dalam usaha untuk menghentikan segala gerakan serangan yang dirancang oleh pemain Vietnam.

    7. Syamer Kutty Abba

    Sumber Gambar: FAM

    Sama halnya seperti Akram, Syamer akan menjadi pemain harapan untuk menghentikan barisan serangan Vietnam daripada melancarkan serangan ke kubu pertahanan negara.

    8. Mohamadou Sumareh

    Sumber Gambar: FAM

    Kelincahan serta kepantasan yang dimiliki oleh Sumareh bakal memainkan peranan besar dalam usaha pasukan negara untuk menjaringkan gol.

    9. Norshahrul Idlan Talaha

    Sumber Gambar: FAM

    Pemain yang satu ini sememangnya diletakkan harapan yang tinggi untuk merobek gawang Vietnam. Beliau gagal untuk berbuat demikian pada perlawanan peringkat kumpulan dan sudah pasti Matyo mahu membalas dendam.

    10. Safawi Rasid

    Sumber Gambar: FAM

    Safawi masih lagi belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan edisi kali ini. Pentas final ini merupakan peluang keemasan Pawi untuk menamatkan kemarau jaringan.

    11. Zaquan Adha

    Sumber Gambar: FAM

    Zaquan akan bergandingan dengan Matyo di bahagian serangan bagi meruntuhkan benteng pertahanan lawan.

    Itulah dia ramalan kesebelasan utama pasukan negara yang akan turun menentang Vietnam malam ini. Semoga kemenangan menjadi milik Malaysia dan kita akan menjulang trofi Piala AFF sejak kali terakhir menjulangnya pada 2010 lalu.

    Baca Juga: Pesanan Peter Reid Untuk Pemain Muda Malaysia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.