Hari yang ditunggu oleh jutaan rakyat Malaysia telahpun tiba. Hari ini, pasukan Malaysia akan turun menentang Vietnam dalam perlawanan akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.
Di sini, kami nak kongsikan dengan anda ramalan kesebelasan yang mungkin diturunkan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe malam ini.
1. Farizal Marlias
Sumber Fambar: Vaaju
Meskipun dibolosi dua kali dalam tempoh masa lima minit pada separuh masa pertama Selasa lalu, namun Farizal berjaya memperbaiki prestasi dan beraksi dengan baik pada separuh masa kedua.
2. Syahmi Safari
Sumber Gambar: Sportflex
Syahmi terlepas perlawanan pertama akibat daripada penggantungan. Pada perlawanan kedua ini, kelibat beliau sudah pasti bakal memainkan peranan penting.
3. Aidil Zafuan
Sumber Gambar: Goal.com
Ketiadaan Aidil nyata dirindui apabila barisan pertahanan negara dilihat sedikit goyah pada perlawanan Selasa lalu. Kini beliau sudah cergas sepenuhnya dan sudah sedia untuk memimpin barisan pertahanan.
4. Shahrul Saad
Sumber Gambar: Fox Sports Vietnam
Satu perkataan untuk menerangkan prestasi Shahrul setakat ini. Menakjubkan. Kekentalan beliau bakal ditagih sekali lagi pada perlawanan malam ini.
5. Syazwan Andik
Sumber Gambar: FAM
Dengan kecederaan yang dialami Nazirul Naim belum menunjukkan sebarang perkembangan, Syazwan Andik dilihat bakal diturunkan bagi mengisi posisi pertahanan kiri negara.
6. Akram Mahinan
Sumber Gambar: FAM
Tanggungjawab yang bakal dipikul oleh Akram pada perlawanan malam ini adalah lebih besar berbanding perlawanan sebelumnya. Beliau bakal memainkan peranan penting dalam mematahkan gerakan serangan pasukan lawan.
7. Syamer Kutty Abba
Sumber Gambar: FAM
Sama seperti Akram, Syamer bakal memainkan peranan penting di bahagian tengah pada perlawanan malam ini.
8. Safawi Rasid
Sumber Gambar: FAM
Gol pertama dalam saingan Piala AFF pada perlawanan Selasa lalu nyata menyuntik semangat Safawi. Diharapkan beliau dapat mengulangi semula prestasi tersebut.
9. Norshahrul Idlan Talaha
Sumber Gambar: FAM
Matyo bakal menjadi nadi kepada gerakan serangan pasukan negara dan beliau akan membantu Zaquan Adha di bahagian serangan.
10. Mohamadou Sumareh
Sumber Gambar: FAM
Kelincahan serta kelicikan Sumareh dari bahagian sayap bakal menjadi senjata rahsia pasukan Malaysia malam ini.
11. Zaquan Adha
Sumber Gambar: FAM
Zaquan bakal mengetuai jentera serangan negara bagi memburu gol sekaligus memadam kelebihan yang dimiliki oleh Vietnam.
Itulah dia ramalan kesebelasan kami mengenai perlawanan akhir kedua diantara pasukan Malaysia menentang Vietnam malam ini. Semoga kemenangan menjadi milik Harimau Malaya!
Baca Juga: Manfaatkan Situasi Bola Mati – Shahrul Saad