• Pemain pertahanan dari Brazil, Renan Alves dikhabarkan bakal menyertai pasukan Kedah selepas kontrak beliau dengan kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC tidak disambung.

    Perkara ini dilaporkan oleh FOX Sport Asia dimana pemain pertahanan ini membuat 15 penampilan dalam saingan Liga 1 dan beliau berjaya menjaringkan dua gol bagi membanu Borneo menamatkan saingan di tangga ke-7.

    Jika benar Renan Alves menyertai pasukan Kedah, maka beliau akan menjadi pemain import ketiga yang dibawa masuk oleh pengurusan pasukan selepas pemain dari Singapura, Syakir Hamzah dan pemain dari Iraq, Anmar Almubaraki.

    Setelah menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam, Piala FA di pusingan ketiga dan Piala Malaysia di peringkat kumpulan, pengurusan pasukan giat membawa masuk pemain bagi memastikan pasukan Kedah menjadi pasukan yang mencabar kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

    Selain membawa masuk pemain import, pengurusan pasukan Kedah turut membawa masuk beberapa pemain tempatan untuk mengukuhkan pasukan seperti Syahrul Azwari, N.Thanabalan, Azmeer Yusof, Shahrul Igwan Shamsuddin dan Azamuddin Akil.

    Pasukan Kedah turut membuat perubahan dalam barisan kejurulatihan pasukan dimana mereka melantik bekas ketua jurulatih Home United dari Singapura, Aidil Shahrin sambil dibantu oleh bekas ketua pasukan, Victor Andrag. Aidil berjaya membimbing Home United mara ke perlawanan akhir zon Asean dalam saingan Piala AFC 2018.

    Dua lagi slot pemain import dikatakan bakal diisi oleh penyerang yang juga beraksi di Liga 1 untuk kelab Mitra Kukar, Fernando Rodriguez dan seorang lagi pemain dari Nigeria. Pengurusan pasukan Kedah membuat keputusan untuk melepaskan kesemua pemain import yang beraksi bersama pasukan musim ini termasuk pemain tengah yang penuh dengan gaya, Liridon Krasniqi dan pemain kesayangan peminat, Sandro Da Silva.

    Baca Juga: Kedah Bawa Masuk Enam Pemain Baru

    Leave a comment

    Your email address will not be published.