• Pasukan Melaka Unite giat membuat persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2019 apabila membawa masuk tiga nama besar dalam arena bola sepak tempatan iaitu Razman Roslan, Safiq Rahim dan Shukor Adan. Antara ketiga-tiga pemain ini, siapa yang layak untuk diangkat kapten pasukan ?

    Kita sedia maklum dalam saingan musim ini, Razman, Safiq dan juga Shukor merupakan ketua pasukan bagi pasukan elit dalam saingan Liga Malaysia. Razman merupakan ketua pasukan Selangor, Safiq merupakan ketua pasukan Johor Darul Ta’zim manakala Shukor pula ketua pasukan Felda United.

    Jika kita nak bercakap mengenai pengalaman beraksi dalam liga domestik, tiada pemain yang lebih berpengalaman berbanding ketiga-tiga pemain. Bermacam-macam kejuaraan yang telah dimenangi oleh mereka sepanjang berakrier dalam saingan bola sepak dalam negara.

    Bagi kejuaraan di peringkat antarabangsa pula, Safiq Rahim mempunyai kelebihan apabila beliau pernah memenangi trofi Piala AFC 2015 bersama Johor Darul Ta’zim. Bukan saja memenangi kejuaraan, malah Safiq turut diangkat sebagai Pemain Terbaik kejohanan.

    Melihat kepada pengalaman serta jumlah kejuaraan yang pernah dimenangi oleh ketiga-tiga pemain, ketua jurulatih pasukan Melaka United, Zainal Abidin Hassan akan berdepan dilema untuk menentukan siapa yang akan menjadi kapten pasukan apabila Liga Malaysia musim hadapan membuka tirainya.

    Ketiga-tiga pemain mempunyai aura serta karakter yang tersendiri sebagai seorang ketua pasukan selain masih lagi mampu untuk menampilkan persembahan terbaik di atas padang. Meskipun Razman, Safiq dan Shukor sudah memasuki “usia emas” mereka, namun tidak dinafikan tiga pemain ini masih mampu untuk menyumbang sesuatu.

    Apa yang pasti, siapa saja yang dipilih sebagai kapten pasukan bagi Melaka United musim hadapan, pemain itu perlu menjadi ketua dan juga contoh yang baik kepada rakan sepasukan bagi memastikan Melaka tidak tampil lesu seperti dua musim kebelakangan ini.

    Apa pendapat anda khususnya peminat Melaka United ? Pemain mana yang anda lebih gemar untuk diangkat sebagai ketua pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan ?

    Baca Juga: Safiq Rahim Sertai Melaka United

    Leave a comment

    Your email address will not be published.