• Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyerahkan sepenuhnya nasib beliau kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Malaysia tewas di tangan Vietnam pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Apa yang pasti, beliau perlu dikekalkan untuk mengendalikan pasukan negara.

    Sejak dibimbing oleh Cheng Hoe, prestasi serta corak permainan skuad kebangsaan dilihat meningkat dimana para pasukan mula menampilkan corak permainan yang menarik dan lebih mengancam pihak lawan.

    Perkara ini nyata jauh berbeza dengan jurulatih sebelumnya iaitu Nelo Vingada yang dilihat telah merosakkan pasukan kebangsaan. Meskipun mendapat gelaran The Professor, namun kewibawaan beliau nyata hanya hebat dalam Wikipedia sahaja.

    Setelah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad senior, dalam jangka masa tidak sampai setahun Cheng Hoe berjaya mengadunkan pemain muda dan juga pemain senior dalam pasukan bagi menghasilkan satu pasukan yang mantap.

    Beberapa pemain muda seperti Safawi, Syahmi dan Syazwan Andik diberi kepercayaan untuk beraksi bersama Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Norshahrul Idlan Talaha. Dan prestasi yang ditampilkan oleh pemain muda mahupun senior ini nyata membanggakan.

    Mereka dilihat selesa dan mudah untuk membentuk persefahaman diantara rakan sepasukan dan perkara ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada kecemerlangan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

    Ketua pasukan skuad kebangsaan, Zaquan Adha turut berpendapat Tan Chen Hoe perlu dikekalkan dan diberikan lebih peluang untuk mengendalikan pasukan senior.

    “Kalau tanya saya, kalau saya puji tak adil pula, mesti orang kata sebab saya kapten sebab itu puji jurulatih Tan Cheng Hoe.

    “Bagi saya, secara ikhlas saya katakan, mana-mana jurulatih yang datang, (pernah) menang Piala Dunia sekalipun, tetapi (jika) tak pandai ambil hati pemain, pasukan itu tak akan jadi.

    “Saya boleh katakan jurulatih Tan ada satu karektor, ada falsafah tersendiri, daripada awal lagi ramai orang kritik, kenapa ambil saya sebagai kapten, kenapa formasi macam ini.

    “Sebagai pemain, saya melihat jurulatih Tan sangat tenang, sangat jelas dengan keputusan, beliau tak dengar orang cakap, beliau tahu apa yang beliau mahu buat.

    “Kami sentiasa dengar perkataan dari mulut dia ‘kita kena ikhlas dan jujur’. Untuk saya, beliau ada falsafah tersendiri, setiap jurulatih ada falsafah tersendiri, harus diberi peluang kepadanya,” katanya kepada Berita Harian.

    Baca Juga: Malaysia Masih Ada Potensi

    Leave a comment

    Your email address will not be published.