• Ketua pasukan skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak berkata tidak mustahil untuk Malaysia menewaskan pasukan Vietnam pada perlawanan akhir kedua di Hanoi Sabtu ini sekaligus muncul sebaga juara saingan edisi kali ini.

    Zaquan diihat sedikit kecewa dengan keputusan 2-2 yang diraih pada Selasa lalu namun keputusan seri tersebut bukanlah penamat bagi pasukan negara.

    “Perlawanan malam ini (kelmarin) seharusnya saya tidak perlu menyalahkan sesiapa dan pemain pemain tidak perlu menyalahkan diantara satu sama lain. Bukan mudah untuk menjadi pasukan juara.

    “Tidak mustahil untuk kita menjadi juara di Vietnam. Kita perlu berfikiran positif untuk bermain disana (Hanoi),”kata Zaquan menurut laporan Sports247.

    Pada masa yang sama, Zaquan turut mengakui Vietnam memberi tekanan yang lebih besar berbanding lawan di peringkat separuh akhir, Thailand.

    “Pasukan yang mahukan juara tidak mustahil akan melakukan kesilapan, tetapi perlu bertarung sehingga habis.”

    Jangan berhenti jika penat, tetapi selepas semuanya selesai. Sekarang kita penat. Biar kepenatan ini dibalas dengan kemenangan. Kita perlu usaha dengan lebih keras lagi, berfikiran positif dan tidak hilang semangat ketika bermain di sana (Hanoi),” tambah Zaquan.

    Zaquan mendapat pujian daripada peminat kerana sikap tenang beliau meskipun sering-kali dikasari oleh pemain Vietnam. Anda boleh lihat insiden di bawah.

    Zaquan ditumbuk oleh pemain lawan iaitu Do Duy Manh namun masih berjaya mengawal emosi.

    Apa yang pasti, para pemain perlu berjuang bermati-matian bagi memastikan Malaysia membenam cabaran Vietnam di laman sendiri dan muncul juara kali kedua saingan Piala AFF Suzuki.

    Baca Juga: Syed Saddiq Terbang Ke Hanoi

    Leave a comment

    Your email address will not be published.