• Tiga pemain import akan segera memperkuatkan pasukan Kedah menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mereka dijadualkan tiba pada Khamis ini.

    Tiga pemain import yang dimaksudkan ialah penyerang, Fernando Rodriguez dari Sepanyol, pemain kelahiran Iraq, Anmar Al-Mubaraki dan pemain pertahanan dariSingapura Shakir Hamzah.

    Seorang lagi pemain import pertahanan iaitu pemain kelahiran Brazil, Renan Alves dijangka tiba pada hari Jumaat ini.

    Semalam, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerusi media sosial rasmi pasukan mengumumkan mereka akan menyambut kedatangan pemain import tersebut dan akan mengadakan satu majlis ringkas.

    4 PEMAIN IMPORT AKAN TIBA 27-28 DISEMBER 2018.Sesi ringkas dirancang pengurusan pasukan bersama penyokong hijaukuning…

    Posted by Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – on Monday, 24 December 2018

    “Ketibaan pemain import terbabit adalah melalui penerbangan akhir yang akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar pada sebelah malam,” menurut kenyataan KFA.

    Pada masa yang sana, KFA ketika ini sedang berusaha sebaik mungkin untuk mencari seorang lagi pemain import bagi memenuhi kuota lima pemain import yang dibenarkan. KFA bakal mengumumkan pemain tersebut dalam masa terdekat.

    Dikhabarkan, pemain import kelima pasukan Kedah ialah pemain yang berasal dari Nigeria. Pemain ini akan mengisi jentera serangan bagi membantu penyerang import sedia ada, Fernando Rodriguez.

    Pengurusan pasukan Kedah mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dan melepaskan kelima-lima pemain import yang beraksi bersama pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

    Musim lalu, hanya dua pemain iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi saja yang menampilkan aksi konsisten bersama juara Piala FA edisi 2017 ini.

    Kedah jelas berdepan kesukaran di posisi penyerang utama pasukan apabila dua pemain yang dibawa masuk iaitu Pablo Pallares dan Paulo Rangel gagal untuk menjalankan tugas dengan baik.

    Baca Juga: Akhyar Rashid Harus Lebih Bijak – Shebby Singh

    Leave a comment

    Your email address will not be published.