• Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan tugas sukar menanti para pemain menjelang perlawanan akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam ini.

    Menurut Cheng Hoe, keputusan 2-2 pada perlawanan pertama nyata memberikan kelebihan buat pasukan Vietnam ditambah dengan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

    “Keputusan perlawanan pertama sememangnya memberi kelebihan kepada pasukan lawan. Walaupun tugas sukar menanti kami, tetapi para pemain sudah bersedia dan mempunyai motivasi menjelang perlawanan malam ini.

    Cheng Hoe menerima khabar gembira apabila tiga pemain pertahanan yang terlepas perlawanan pertama iditu Syahmi Safari, Aidil Zafuan dan Syazwan Andik Ishak sudah cergas dan boleh diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Bekas pengendali Kedah ini sudah mempunyai 11 pemain terbaik dan meminta para pemain untuk beraksi dengan bebas dan tenang walaupun bakal beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah.

    “Kami tahu intensiti perlawanan akan memuncak dan saya meminta pemain saya untuk bertenang dan mengekalkan fokus untuk mengelak Vietnam daripada melakukan serangan balas. Akan tetapi para pemain juga tidak boleh meletakkan tekanan terlalu tinggi di bahu mereka dan menikmati perlawanan akhir di Hanoi ini,” kata Cheng Hoe kepada laman rasmi AFF.

    Keputusan seri 2-2 ketika beraksi di Bukit Jalil nyata memberi sedikit tekanan kepada pasukan negara. Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe ini perlu memenangi perlawanan ataupun seri 3-3 bagi memadan kelebihan yang dimiliki oleh Vietnam sekaligus menjulang Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

    Tiada apa yang mustahil jika para pemain mengekalkan disiplin serta fokus mereka di atas padang. Diharapkan kelemahan yang ketara pada perlawanan pertama dapat diperbaiki dan kemenangan menjadi milik Harimau Malaya.

    Baca Juga: Manfaatkan Situasi Bola Mati – Shahrul Saad

    Leave a comment

    Your email address will not be published.