Sumber Gambar: Sportsholics

Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) mengambil keputusan untuk tidak meyambung kontrak dua pemain import mereka iaitu Austin Amutu dan Issey Nakajima Farran. Di sini, ada 4 penyerang yang beraksi dalam sainga Thai League 1 yang dilihat mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan sekaligus memantapkan jentera serangan pasukan.

1. Heberty Fernandes

Sumber Gambar: Sportsholics

Heberty Fernandes beraksi bersama bekas juara Thai League 1, SCG Muanthong United pada musim 2018. Musim lalu, beliau berjaya menjaringkan 26 gol dalam saingan Liga. Selain itu, Heberty juga mempunyai pengalaman luas beraksi di rantau Asia Tenggara apabila beliau pernah beraksi bersama satu lagi pasukan Thai League iaitu Ratchaburi.


Sumber Gambar: Vocket FC

2. Jonatan Ferreira Reis

Sumber Gambar: Football Tribe

Jonatan beraksi buat pasukan PT Prachuap FC musim lalu dimana beliau berjaya menjaringkan 26 gol dalam saingan Liga. Berkat kecemerlangan Jonatan, pasukan yang dinaikkan pangkat daripada Thai League 2 ini berjaya menamatkan saingan liga di tangga keenam. Satu pencapaian yang baik memandangkan Pattaya merupakan pasukan pendatang baru.

3. Dragan Boskovic

Sumber Gambar: Wikipedia

Pemain yang sudah lima musim beraksi dalam saingan Liga Thailand ini telah menjaringkan 25 gol dalam saingan Thai League 1 musim lalu dimana beliau mewakili pasukan Port FC. Pengalaman luas tentang suasana bola sepak Asia Tenggara yang dimiliki oleh pemain berusia 33 tahun ini dilihat mampu untuk membantu pasukan Pahang mencabar pasukan besar lain dalam Liga M.

4. Lukian

Sumber Gambar: Torcedores.com

Penyerang dari Brazil ini beraksi bersama pasukan Pattaya United dan beliau berjaya menjaringkan 18 gol dalam saingan Liga. Kecemerlangan Lukian berjaya membantu Pattaya menamatkan saingan Thai League 1 di tangga ke-8.

Itulah dia 4 penyerang impory yang dilihat mampu untuk memperkasakan jentera serangan pasukan Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim 2019.

Keempat-empat pemain ini menampilkan satu persembahan yang luar biasa dan tidak mustahil mereka boleh menyinar dalam saingan Liga Malaysia memandangkan Thai League merupakan liga terbaik di rantau Asia Tenggara ketika ini.

Baca Juga: Diogo Luis Santos Bakal Sertai JDT ?

Leave a Reply