Sumber Gambar: foxsportasia.com

Bekas penyerang Buriram United, Diogo Luis Santo sah menyertai juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim. Perkara ini diumumkann oleh JDT menerusia laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Dengan kemasukan Luis Santo, maka JDT telah melengkapkan kuota pemain import mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan juga Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang akan bermula pada Mac ini.

Di bahagian serangan, selain Diogo, JDT mempunyai Gonzalo Cabrera yang beraksi dengan baik dalam saingan musim 2018. Cabrera menjadi pilihan jurulatih untuk mengisi poisi sayap dimana beliau menjaringkan 9 gol dalam semua kejohanan.

Di bahagian tengah pula, juara lima kali berturut-turut Liga Super ini akan diperkuat oleh ketua pasukan baharu, Harris Harun dan abang kepada pemain Atletico Madrid, Saul Niguez iaitu Aaron Niguez. Harris dilihat bakal melindungi barisan pertahanan pasukan manakala Aaron pula bakal membantu jentera serangan.

Manakala jentera pertahanan JDT pula akan dikawal oleh bekas pemain Lazio dan Spartak Moscow, Maurício dos Santos Nascimento. Pengalaman pemain yang pernah beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ini sudah pasti menjadi sandaran utama JDT dalam memastikan benteng pertahanan mereka tidak mudah dibolosi.

Melihat kepada kelima-lima pemain import ini, mereka dilihat mampu untuk membantu Johor Darul Ta’zim memberikan saingan bukan saja dalam Liga Malaysia malah juga pentas ACL. Apatah lagi barisan serangan mereka akan dipimpin oleh Diogo Luis Santo.

Penyerang import paling tersohor di saingan bola sepak rantau Asia Tenggara ini pernah beraksi dalam kejohanan tersebut ketika mewakili Buriram United dan pengalaman beliau sudah pasti menjadi harapan utama untuk juara bertahan Liga Super ini mencipta impak.

Pasukan bimbingan Luciano Figueroa ini diundi dalam kumpulan E di samping kelab dari Korea, Gyeongnam FC dan dua lagi pasukan akan ditentukan setelah perlawanan peringkat kumpulan selesai.

Baca Juga: Tan Cheng Hoe Kini Berstatus Ejen Bebas ?

Leave a Reply