Sumber Gambar: Perak Today

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melancarkan satu tabung khas bagi membantu dari segi kewangan untuk mengheret kes perpindahan Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris pihaknya membuka tabung khas tersebut bagi mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai khususnya peminat setia Kedah setelah rayuan mereka ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (FAM).

“Derma dan sumbangan secara sukarela boleh disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman menggunakan cek.

“Bagi mereka yang mahu menyalurkan sumbangan melalui dalam talian, mereka boleh melakukan transaksi ke akaun CIMB Bank milik Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman 8601650568.

“Sebarang pertanyaan lanjut serta urusan surat-menyurat boleh e-mel ke tabungcaskfa@hotmail.com,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KFA.


Sumber Gambar: Kedah FA

Pada masa yang sama, Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata kos yang mungkin ditanggung oleh KFA jika mahu membawa permasalahan ini ke CAS boleh mencecah sehingga AS$25,000 (kira-kira RM103,000).

“Pertama sekali KFA kena kumpul semua bukti yang mereka ada. Bagi prosedur dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), yang terakhir adalah (keputusan jawatankuasa) rayuan.

“Sekarang ini KFA boleh bawa kes itu ke FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) dan selepas itu baru ke CAS.

“Tapi KFA boleh juga bawa kes itu terus ke CAS, cuma (kosnya) agak tinggi membabitkan banyak perbelanjaan, mungkin boleh mencecah AS$25,000 atau mungkin lebih lagi,” kata Effendi menurut laporan Berita Harian.

Effendi sebelum ini mempunyai pengalaman apabila beliau pernah membantu dalam perbincaraan bekas penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara, Ahmad Syihan Hazmi yang gagal ujian doping pada Jun lalu.

Tambah Effendi lagi, tempoh kes untuk diselesaikan juga tidak menentu dan Akhyar berkemungkinan besar tidak dapat beraksi selagi kes itu belum selesai.

“Ada kes yang boleh diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dan ada juga yang boleh berlarutan antara enam hingga 12 bulan. Bagi kes yang terdesak, mahkamah juga perlu dimaklumkan untuk menyelesaikan kes itu dengan pantas.

“Tapi kalau kes itu tergantung, Akhyar mungkin tidak boleh beraksi selagi kes itu tak selesai,” tambahnya.

Baca Juga: Kami Sedia Maklum Tentang Undang-Undang – KFA

Leave a Reply